Kemunculan buat pertama kali Sultanah Kelantan

Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah, berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini hari ini.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, baginda turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan.


Sultanah Kelantan (kiri) berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada salah seorang ahli rombongan PKDK di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN UNIT MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Rombongan PKDK diketuai oleh Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Hadir sama menyambut Sultanah Kelantan ialah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Yang Mulia Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Kelantan (tengah) bergambar bersama rombongan PKDK di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN UNIT MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

Berdasarkan rekod, ia merupakan kemunculan pertama Nur Diana Petra di Istana Kelantan selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

BACA: Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah

Sumber:– KOSMO! ONLINE

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*