Kemunculan Lubang Benam Di Poland Gusarkan Penduduk

lubang benam poland

Kemunculan Lubang Benam Di Poland Gusarkan Penduduk

TRZEBINIA — Lima lubang benam dilaporkan muncul di Trzebinia, sebuah bandar di selatan Poland pada tahun ini, lapor AFP.

Difahamkan, lubang berkenaan muncul di kawasan padang bola sepak bandar itu. Ia mempunyai lebar sekitar 10 meter (33 kaki) dan sedalam lima meter.

Menurut pakar IT sewaktu menjelaskan kepada AFP, kawasan itu merupakan bekas lombong arang batu sejak dua dekad lalu.

Kemunculan lubang itu telah menyebabkan penduduk bandar berkenaan hidup dalam keadaan ketakutan. Tambahan lagi, 20 lubang itu turut dikesan muncul dalam tempoh dua tahun lalu.

Sementara itu, Ketua komuniti tempatan (Siersza), Mateusz Krol berkata tiada sesiapa mengetahui di mana lubang itu akan muncul seterusnya.

“Kami seperti duduk di atas bom waktu yang aktif. Orang ramai sangat takut kerana bimbang bukan sahaja muncul di sebelah rumah namun tepat di bawah mereka.

“Mereka juga sanggup tidak melalui jalan tertentu kerana bimbang terjatuh,” katanya.

BACA JUGA: Bilangan Dipercayai Bertambah Setiap Hari, 16 Lubang Gergasi Ditemui Di Turki

Susulan itu, penduduk tempatan telah mengisytiharkan ia sebagai kawasan larangan atas faktor struktur kestabilan tanah. Tambahan lagi, penghadang keselamatan juga telah dipasang.

Salah seorang pegawai bomba tempatan, Piotr Bebenek berkata, tiada mangsa yang dilaporkan maut atau mengalami kecederaan. Malah tiada kerosakan rumah berlaku sehingga kini.

Bagaimanapun, pihaknya telah memberi amaran sejak tahun lalu bahawa perkara itu berkemungkinan menjadi lebih teruk.

Menurut pandangan pakar, mereka menggesa penduduk Trzebinia untuk mengosongkan bandar namun pihak berkuasa merayu untuk tidak terburu-buru.

Pegawai Institusi Negeri yang menguruskan lombong tertutup, Mariusz Tomalik berkata sudah tentu ia mempunyai risiko dan mereka semua menyedarinya,

“Tetapi, buat masa ini tiada sebab untuk pergi.” katanya.

Terdahulu, sebuah lubang benam muncul di tanah perkuburan Trzebinia sehingga mengakibatkan puluhan kubur musnah sejak lima bulan lalu.

Lubang tersebut mempunyai ukuran lebar sepanjang 20 meter dengan 10 meter kedalaman.

Manakala dua lagi lubang benam muncul hanya beberapa meter dari rumah penduduk pada Disember lalu.

Sumber: AFP via Yahoo

The post Kemunculan Lubang Benam Di Poland Gusarkan Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*