PETALING JAYA – Penyerang prolifik negara, Safee Sali hari ini mengejutkan semua peminat bola sepak Malaysia apabila muncul dalam Instagram badan induk bola sepak dunia, FIFA.
Menerusi satu hantaran yang ditulis di laman tersebut, Fifa memuji kehebatan yang telah dipamerkan Safee ketika menyarung jersi kebangssan dalam khidmatnya sebelum ini.
“Safee Sali antara penyerang prolifik yang pernah skuad Harimau Malaya ada!” tulis hantaran tersebut.
Lebih membanggakan, laman Instagram FIFA itu turut memaparkan beberapa pemain berkelas dunia yang popular disamping hantaran Safee Sali.
Antara gambar pemain dunia yang turut dikongsi FIFA adalah, Ronaldo, Zidane, Ronaldinho, Didier Drogba, Nuer serta ramai lagi.
Rata-rata peminat bola speak tempatan bangga dengan pencapaian dan kehebatan yang dimiliki Safee Sali dan berharap agar Malaysia mempunyai pelapis sehebat bekas pemain JDT itu.
sumber: kosmo
“Tak akan ada dah sama macam Safee ni, dia memang rajin atas padang. Harap Malaysia serius dalam mencari pelapis baru,” kata Norisan Norisan.
“Safee berada pada tahan dia yang tersendiri, tiada lagi Safee dalam pasukan Malaysia. Harap ada pengganti,” kata Izwan Er. –