Kena Ada 3 Peralatan, Ini Panduan Untuk Semak Arah Kiblat Petang Ini

Panduan Semak Arah Kiblat

Kena Ada 3 Peralatan, Ini Panduan Untuk Semak Arah Kiblat Petang Ini

Bagi yang belum tahu, hari ini (28 Mei 2023) bersamaan Ahad 8 Zulkaedah 1443 merupakan fenomena Istiwa A’dzam.

Apa itu Istiwa A’dzam?

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah. Fenomena ini berlaku hanya dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Peralatan Yang Diperlukan

Untuk menentukan arah kiblat yang betul, ada caranya yang tersendiri. Ikuti penjelasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah ini.

Menurut JAKIM, antara peralatan yang diperlukan untuk menyemak arah kiblat termasuklah kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak atau boleh berdiri tegak), masking tape dan pen marker.

Cara-Cara /Panduan Tentukan Arah Kiblat

Bagi mereka yang berpeluang untuk memeriksa arah kiblat boleh mengikuti langkah seperti berikut;

Untuk pengetahuan, fenomena ini berlaku pada jam 5.18 petang.

Anda terlebih dahulu perlu pacakkan atau letakkan kayu lurus tegak pada kedudukan 90 darjah di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).

Dalam masa yang sama, pastikan hari tidak mendung atau hujan.

BACA JUGA: Pernah Menjadi Arah Kiblat, Ini Antara Sebab Kenapa Baitulmaqdis Penting Untuk Umat Islam

Seterusnya, gunakan pen marker untuk ditulis atau tandakan arah kiblat pada jam ditentukan.

Kemudian, lekatkan masking tape lurus mengikut bayang-bayang kayu tersebut.

Jika bayang-bayang adalah ke arah timur maka kiblat adalah yang di arah bertentangan.

Setelah itu, barulah buat semakan atau tanda arah kiblat yang tepat.

Menurut JAKIM lagi, kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan. Pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim (mst.sirim.my).

“Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti.

“Jika terdapat sebarang perbezaan kiblat di masjid atau surau, sila rujuk Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut,” maklum JAKIM dalam satu kenyataan di Facebook.

Sekiranya anda masih kurang jelas mengenai langkah semakan arah kiblat, boleh merujuk perkongsian video di bawah.

@musamohdwalid

Pada 28 Mei 2023 jam 5.16 – 5.18 ptg matahari akan tegak di atas Kaabah. Semua bayang matahari tuju Arah Kiblat. #kiblat #solat #matahari

♬ original sound – Musa MW – Musa MW

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

The post Kena Ada 3 Peralatan, Ini Panduan Untuk Semak Arah Kiblat Petang Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*