Kenali James Martin, Pelakon “Down Syndrome” Pertama Menang Anugerah Oscar

james martin menang oscar

Kenali James Martin, Pelakon “Down Syndrome” Pertama Menang Anugerah Oscar

Ketika bintang istimewa ini lahir ke dunia, para doktor telah memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai satu berita yang pilu.

Mereka memaklumkan bahawa terdapat kemungkinan James Martin tidak akan mampu bertutur seperti manusia normal.

Walaupun pada awal kelahiran sudah diisi dengan berita yang agak mendukacitakan, tiada siapa dapat mengetahui rahsia Tuhan.

Kini, beliau bukan sekadar memiliki kebolehan untuk bertutur, insan istimewa ini juga berjaya berjalan di atas pentas Oscar yang gah ketika hari ulang tahun ke-31.

Martin berjaya merangkul anugerah bagi kategori Filem Pendek Aksi Terbaik untuk filem An Irish Goodbye (2022).

Untuk makluman, James Martin merupakan pelakon Sindrom Down pertama yang memenangi anugerah Oscar yang berprestij itu.

Menjadikan sesi kemenangannya lebih bermakna, para hadirin turut menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ ketika beliau mengambil anugerah tersebut di atas pentas.

James Martin tidak pernah menjadikan keadaan dirinya sebagai satu penghalang

james martin sindrom down oscar
Kredit: AFP

Ayah James, Ivan Martin sangat berbangga terhadap anaknya dan mendedahkan bahawa anaknya telah melakukan macam-macam perkara dalam hidpnya selama ini.

Kini, Ivan merasa lega apabila segala yang diusahakan anaknya telah membuahkan hasil yang setimpal.

“Dia telah menghabiskan masa dengan mencuba macam-macam perkara. Orang sekeliling selalu berkata, ’Awak tak boleh buat ini itu’… Tetapi, dia tetap melakukannya secara konsisten,” ujarnya.

james martin sindrom down oscar
Kredit: An Irish Goodbye

Martin merupakan penghidap Sindrom Down pertama yang memenangi BAFTA dan Oscar. Pencapaian ini dapat membanggakan dirinya sendiri.

“Tak kisahlah jika anda ada Sindrom Down sekali pun, selagi anda ingin lakukan perkara yang diingini. Saya buat sesuatu perkara yang membuatkan saya nampak kelakar,” kata pelakon tersebut.

Selain itu, teman wanitanya turut menyokongnya dan mengatakan bahawa kemenangan tersebut merupakan satu detik keajaiban.

“Ini dapat mengubah persepsi orang ramai untuk melihat kemampuan orang kelainan upaya (OKU) yang turut berpeluang untuk mencapai impian mereka seperti orang lain,” jelasnya.

10 tahun lalu, Martin telah bekerja di Starbucks

james martin sindrom down oscar
Kredit: An Irish Goodbye

Rakan sekerjanya dan pengurus di Starbucks merasa bangga atas kejayaan Martin dalam karier lakonannya serta memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut meletakkan poster ‘good luck‘ di dalam premis kedai kopi tersebut.

Sungguhpun nama Martin mula melonjak naik, bapanya mendedahkan bahawa anaknya mungkin tidak akan berhenti daripada pekerjaannya sebagai seorang barista dalam masa terdekat.

Difahamkan, Martin mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menyertai syarikat teater Babosh di Balbesh. Syarikat tersebut dikhususkan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sepertinya.

Di sana, Martin telah terlibat dalam pelbagai jenis persembahan dan menghargai setiap masa yang dihabiskan di tempat tersebut.

Ia merupakan sebuah batu loncatan baginya apabila beliau berjaya mendapat watak utama dalam Ups and Downs (2017) bersama pelakon wanita, Susan Lynch.

Martin telah memegang watak Marcella dalam filem tersebut. Walau bagaimanapun, lakonannya dalam filem An Irish Goodbye (2022) yang melayakkannya untuk memenangi anugerah BAFTA dan Oscar merupakan salah satu lakonannya yang berprofil tinggi.

BACA: Percaya Cahaya Matahari Sumber Makanan, Polis Tahan Pasangan “Influencer” Sebabkan Anak Mati Kebuluran

Sumber: Bright Side

The post Kenali James Martin, Pelakon “Down Syndrome” Pertama Menang Anugerah Oscar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*