Kenali Personaliti, Teacher Romei Kongsi Cara Belajar Dengan Model STIFIn

model personaliti STIFIn

Tahukah anda, model personaliti STIFIn dapat mengenal pasti jenis personaliti anda malah kaedah ini dikatakan berkesan kepada seseorang individu.

Sedikit pengenalan kepada STIFIn Personaliti yang merupakan satu model personaliti yang telah dibangunakan oleh Farid Poniman pada tahun 1999 bersama Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini di Indonesia.

Justeru pada tahun 2013, Dato’ Dr Baha Hj Nordin telah memperkenalkan model personaliti ini di Malaysia serta menubuhkan satu kumpulan pelatih bagi menyebarkan manfaatnya.

Bagi mengesahkan model ini, tiga orang pakar universiti iaitu Prof Dr Mohammed Zin Nordin (UPSI), Dr Mohd Suhaimi Mohamad (UKM), dan Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman (UKM) telah menjalankan penyelidikan.

Buktinya, model ini berjaya mendapatkan reabilitinya melebihi 95 peratus dengan koefisien alfa pada nilai 0.849.

Jadi untuk mengetahui maklumat mengenai STIFIn dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian daripada Wan Noorasromei bin Mohd Noor atau lebih dikenali dengan gelaran Teacher Romei.

STIFIn adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk mengetahui personaliti diri seseorang dengan mengesan belahan dan lapisan otak yang lebih dominan serta paling banyak saraf otak yang aktif terkumpul.

Keadah ini memerlukan anda untuk mengimbas atau scan kesemua 10 jari tangan menggunakan alatan khas imbasan STIFIn. Malah keputusan imbasan atau hasil ujian STIFIn tersebut akan diketahui dalam masa lebih kurang daripada 10 minit.

model personaliti STIFIn
Gambar: STIFIn Malaysia

Mengikut personaliti STIFIn, manusia terbahagi kepada 5 Mesin Kecerdasan iaitu:

S Sensing
TThinking
IIntuition
FFeeling
InInstinct

Menurut Teacher Romei, setiap personaliti ini mempunyai cara belajar tersendiri yang berkesan yang menyebabkan seseorang akan mudah faham, senang untuk ingat dan seronok ketika belajar.

Dalam kesempatan itu, Teacher Romei tidak ketinggalan untuk berkongsi cara belajar dengan mengaplikasikan 5 Mesin Kecerdasan dengan lebih lanjut.

Yang pertama ialah sensing atau memori iaitu seseorang yang lebih suka menggunakan kekuatan otot daripada otak. Misalnya, memerlukan pembelajaran sambil bergerak. Tidak kisahlah berjalan, menulis atau bersenam terlebih dahulu sebelum belajar bagi meningkatkan daya kefahaman.

Seterusnya, thinking atau analisis yang memfokuskan kepada pelajar yang bijak pandai terutamanya di kelas kerana cara pembelajarannya sama seperti di sekolah iaitu ‘point by point‘, ‘topic by topic‘. Malah, golongan ini juga dikatakan suka membaca.

model personaliti STIFIn
Gambar Hiasan | Kredit: Hello Doktor

Yang ketiga ialah intuition atau kreatif dan inovatif (berimaginasi) yang memerlukan seseorang untuk mengetahui gambaran secara menyeluruh tentang apa yang akan dipelajari secara holistik atau apa yang hendak dicapai. Kebiasaan individu ini akan suka membaca sinopsis terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pembacaan.

Malah, jika ingin mendapatkan perhatian pelajar intuition, anda perlu bertanyakan soalan dahulu sebelum memulakan pembelajaran, barulah perkara tersebut mampu menarik minat mereka untuk belajar.

Berbeza pula dengan sekiranya teknik Thinking diaplikasikan untuk pelajar ini (Intuition), dapat dilihat tumpuannya hanya akan mampu diambil sekitar 7 minit dan ke bawah sahaja.

Beralih kepada feeling atau emosi pula lebih memberi fokus kepada pendengaran. Seseorang akan mendengar kemudian mengadakan perbincangan sebelum disampaikan kepada orang lain. Tidak dinafikan kaedah ini akan lebih memberi kefahaman kepada diri kita.

model personaliti STIFIn
Gambar Hiasan | Kredit: Unsplash

Cara belajar yang terakhir yang dikongsikan oleh Teacher Romei ialah instinct atau naluri yang menggambarkan seseorang yang deduktif (dari belakang ke depan). Maksudnya, golongan ini perlu merujuk penghujung atau jawapan dahulu (jalan kerja) untuk memudahkan mereka memahami dan menghuraikannya.

Begitulah, secara ringkas cara belajar yang berkesan mengikut personaliti STIFIn. Difahamkan, STIFIn adalah ujian personaliti berdasarkan genetik dan otak berdasarkan kepada apa yang Allah anugerahkan secara fitrah dalam diri kita.

Malah, ujiannya boleh mencecah kepada 95% tepat berdasarkan kajian akademik. Jika kita mengetahui personaliti diri sendiri dan berusaha untuk meningkatkannya, kita akan lebih hebat dan puas dalam buat sesuatu, InsyaAllah.

Dalam kesempatan yang sama, Teacher Romei ingin menjemput para pembaca untuk hadiri ‘Open Day’ yang bertempat di Tadika Abqary pada 25 Februari 2023, jam 9:00 pagi.

Sumber: Wan Noorasromei bin Mohd Noor

The post Kenali Personaliti, Teacher Romei Kongsi Cara Belajar Dengan Model STIFIn appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*