Kepala biawak tersepit dalam tin

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu menyelamatkan seekor biawak selepas kepala haiwan itu tersepit di dalam sebuah tin di sebuah rumah di Guchil Bayam di sini semalam.

Jurucakap APM Kota Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.21 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, penduduk memaklumkan biawak sepanjang dua meter itu berada di halaman rumah dengan kepalanya berada di dalam tin.

“Anggota APM yang tiba di lokasi menggunakan peralatan khas untuk mencabut tin pada kepala reptilia seberat lebih 15 kilogram itu.

“Kerja-kerja menyelamat dijalankan kurang daripada seminit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, biawak tersebut kemudian dibawa pulang ke Pusat Kawalan Operasi APM Daerah Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE

The post Kepala biawak tersepit dalam tin appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*