Keputusan UPKK Tahun 2022 Diumumkan Khamis ini

keputusan upkk 2022 khamis

Keputusan UPKK Tahun 2022 Diumumkan Khamis ini

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis ini (9 Mac), kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusof berkata, keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula jam 4 petang pada Khamis.

“Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon melalui dua kaedah iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman sesawang,” katanya.

Katanya lagi, untuk semakan menerus kaedah SMS, taip UPKK No MyKid/No Kad Pengenalan KhasNo Angka Giliran dan hantar ke 15888. Manakala semakan menerusi laman sesawang boleh dibuat di oautan https://semakan.islam.gov.my/. Semakan boleh dibuat dengan menggunakan No MyKid/No Kad Pengenalan Khas dan No Angka Giliran.

Waris boleh mendapatkan slip keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat, 9.30 pagi.

Sebelum ini, JAKIM telah bersetuju untuk membuat pindaan tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 kali kedua. Pindaan tersebut melibatkan subjek UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah).

Hal ini berikutan pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berkenaan cuti peristiwa pada 28 November 2022 (Isnin).

JAKIM dalam satu kenyataan berkata ia amat prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak dalam melaksanakan UPKK 2022.

Tarikh pelaksanaan UPKK sebelum ini ditetapkan bermula dari 28 Nov hingga 1 Dis.

BACA: UPKK 2022: Tarikh Ujian Subjek Ulum Sya’riah Dipinda Ke 5 Disember

Sumber: Bernama & Jakim

The post Keputusan UPKK Tahun 2022 Diumumkan Khamis ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*