Kerajaan berhasrat wujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak

PUTRAJAYA – Kerajaan berhasrat mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Pejabat Menteri,Jabatan Perdana Menteri (Undang -Undang dan Reformasi Institusi) berkata, kerajaan sentiasa peka tentang isu penganiayaan kanak-kanak, justeru, pindaan terhadap akta yang berkaitan adalah penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.

“Namun, penubuhan suruhanjaya ini memerlukan pandangan pelbagai pemegang taruh dan juga penggubalan suatu akta. Sebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu sesi libat urus telah diadakan hari ini di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia yang dihadiri oleh pihak-pihak berkepentingan terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan, ahli akademik, dan Masyarakat Sivil (Civil Society Organisation-CSO) yang berkaitan isu kanak-kanak.

Menurut kenyataan itu, sesi tersebut bertujuan mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676).

Tambah kenyataan itu, turut dibincangkan adalah pembayaran pampasan oleh tertuduh kepada mangsa, bantuan pemulihan untuk mangsa dan saksi kanak-kanak serta memperkasakan perkhidmatan pendamping guaman (legal companion) yang sedia ada.

“Ia juga mengenai kewujudan elemen tanggungan keras (strict liability) dalam undang-undang berkaitan kesalahan seksual kanak-kanak dalam keadaan tertentu dan pemberian kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengekstrak keterangan daripada alat digital dan komunikasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan berhasrat wujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*