Kerajaan Tanggung Ujian Memandu Atau Lesen? Ikuti Penjelasan Ini

kerajaan tanggung lesen memandu

Kerajaan Tanggung Ujian Memandu Atau Lesen? Ikuti Penjelasan Ini

Setiap tahun, rakyat menunggu sesi pembentangan bajet kerana mahu mengetahui peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dalam meringankan beban.

Dalam konteks Belanjawan 2023, Perdana Menteri ada menyebut mengenai memenuhi keperluan rakyat dalam tiga cara.

Sebagai rakyat, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah perkara yang berkait rapat dengan bantuan yang membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup selain daripada pendapatan sendiri.

Cara pertama yang dimaklumkan adalah tentang potongan cukai, yang kedua pula kemudahan penjaja dan peniaga kecil dan yang terakhir adalah kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan.

Selepas Perdana Menteri memaklumkan mengenai keperluan rakyat, sudah semestinya ia menjadi sorotan dan perbincangan dalam kalangan ramai.

Antara yang yang dibincangkan adalah berkenaan dengan memenuhi keperluan rakyat dalam Kemudahan Pinjaman dan Jaminan Pembiayaan, yang merupakan cara ketiga.

Sebelum diterangkan lebih lanjut, ingin ditegaskan bahawa Kemudahan Pinjaman dan Jaminan Pembiayaan adalah berkaitan dengan usahawan kecil dan sederhana golongan B40.

Ada beberapa perkara yang merunsingkan rakyat, terutamanya berkenaan dengan subsidi bayaran untuk mendapatkan lesen, yang berada dalam Kemudahan pinjaman dan Jaminan Pembiayaan.

BACA: Kerajaan Komited Pastikan Kelangsungan Hidup Rakyat – Anwar

Kerajaan tanggung ujian memandu untuk usahawan kecil dan sederhana B40 jana pendapatan

Kredit: BERNAMA

Sebenarnya, kerajaan bersetuju untuk tanggung bayaran ujian memandu untuk usahawan kecil dan mikro dalam golongan B40 mendapatkan lesen bagi menjana pendapatan melalui perkhidmatan.

Ujian memandu di sini khas untuk lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing kepada belia B40.

Susidi hanya diberikan untuk ujian memandu yang merupakan ujian komputer. Ia adalah proses mendapatkan lesen memandu seperti lesen kereta atau lesen motor.

Kredit: Teks Ucapan Belanjawan 2023

Ia disebut dalam muka surat 13, perkara 44, bertajuk Kemudahan Pinjaman dan Jaminan Pembiayaan.

Perkara itu berada di bawah tajuk Ikthiar 2: Memenuhi Keperluan Ekonomi Rakyat dalam teks Ucapan Belanjawan 2023.

Individu wajib melepasi ujian komputer dengan mendapatkan markah lulus sebelum beralih kepada pemanduan kenderaan.

Ia merangkumi semua jenis ujian komputer untuk lesen motosikal kelas B2, lesen teksi dan e-hailing.

Inisiatif ujian memandu akan diperincikan dalam masa terdekat – Loke

Sementara itu, pada 24 Februari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya akan memperincikan mekanisme dan syarat mengenai tanggungan bayaran ujian memandu.

Memetik Awani, difahamkan juga perincian itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Dari segi mekanisme pelaksanaannya perlu kita perincikan lagi sebelum pelaksanaan ini dapat diumumkan.

“Tak pasti (berapa ramai akan terima manfaat) sebab ia baru diumumkan (dalam belanjawan hari ini). Ia salah satu kejutan baik untuk saya. Ada tambahan tugas untuk saya,” katanya dalam satu sidang media.

Kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan

Difahamkan, cara kerajaan memenuhi keperluan rakyat yang  yang melibatkan kemudahan pinjaman ini adalah dispesifikasikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kredit: Teks Ucapan Belanjawan 2023

Menelusuri teks tersebut, golongan PMKS boleh menikmati peruntukkan kerajaan yang bernilai sehingga RM40 bilion.

Peruntukkan itu disediakan oleh agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai Kemudahan Pinjaman dan Jaminan Pembiayaan.

Kredit: Teks Ucapan Belanjawan 2023

Usahawan mikro dan penjaja kecil boleh membuat pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Hal ini kerana agensi tersebut telah menyediakan dana berjumlah RM1.7 bilion ringgit, khas untuk usahawan mikro dan penjaja kecil.

Ia termasuk dengan RM300 juta yang dikhaskan untuk menyokong perniagaan mikro yang dilaksanakan oleh usahawan wanita dan belia.

Dalam pada itu, BSN turut menyediakan kira-kira RM1 bilion dengan tumpuan kepada Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro dan penjaja.

Seperti yang ditulis dalam teks itu, agensi kerajaan TEKUN akan menyediakan bantuan sekitar RM330 juta termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.

Selain itu, mereka turut diberi modal untuk memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Kredit: Teks Ucapan Belanjawan 2023

Bagi perkara 45, peruntukan hampir RM10 bilion diberikan oleh PKS yang disediakan oleh BNM.

Dengan peruntukan itu ia membantu meringankan beban kewangan golongan terbabit dan menyokong pengembangan perniagaan.

Kredit: Teks Ucapan Belanjawan 2023

Perkara 46, yang merupakan perkara terakhir dalam Kemudahan Pinjaman dan Jaminan Pembiayaan adalah mengenai Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Syarikat tersebut sedia menjamin sehingga 20 bilion kepada PKS yang terlibat dalam sektor seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan.

Terdapat banyak inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sekiranya ingin mengetahui subsidi yang lain, boleh layari laman web Budget MOF atau di sini.

Sumber: Ucapan Belanjawan 2023 via Budget MOF

The post Kerajaan Tanggung Ujian Memandu Atau Lesen? Ikuti Penjelasan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*