Connect with us

Semasa

Kerana berebut teman wanita, pelajar dipukul

Published

on

Berebut teman wanita, pelajar dipukul..

PASIR MAS: Polis sedang mengesan sekumpulan 12 pelajar dari dua sekolah di sini bagi membantu siasatan seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga lebam di muka dan badan selepas dipukul, dipercayai berebut teman wanita, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah, berkata mangsa dipercayai dipukul sekumpulan suspek berusia antara 14 hingga 16 tahun di dalam kelas selepas menjalani aktiviti sukan di sekolahnya kira-kira jam 6 petang.

“Hasil siasatan mendapati, pada mulanya mangsa dipukul serta ditumbuk selain turut disepak beberapa kali oleh seorang lelaki dipercayai akibat berebut teman wanita, juga pelajar sekolah sama.

“Mangsa cuba keluar daripada kelas berkenaan, namun malangnya dipukul pula secara beramai-ramai oleh kumpulan pelajar ini.

“Mangsa laporan di Balai Polis Pasir Mas, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdullah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan kumpulan pelajar berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.- Berita Harian

Baca Juga: Remaja 19 Tahun Ditahan Polis Kerana Menyamar, “Lengkap Beruniform PDRM”

Advertisement

Tags

Archives

Trending