Kerbau Gergasi Seberat 1.4 Tan Bernilai RM6.5 Juta

kerbau gergasi RM6.5 juta

Kerbau Gergasi Seberat 1.4 Tan Bernilai RM6.5 Juta

Seekor kerbau gergasi menjadi kerbau paling mahal di Thailand apabila pemiliknya berhasrat untuk menjualnya dengan harga 50 juta baht (RM6.5 juta), lapor portal The Thaiger

Kerbau yang dinamakan sebagai “Petch Lamkhong” itu dikatakan berusia tiga tahun lima bulan dan diternak di Big Ice Farm di Phitsanulok.

Difahamkan, kerbau itu disahkan seberat 1.4 tan ketika menyertai Peraduan Kerbau Gergasi Phitsanulok ke-6 baru-baru ini.

Pertandingan itu diadakan sempena sambutan Hari Pemuliharaan Kerbau Thailand yang diadakan pada 14 Mei.

Menurut portal The Thaiger, kerbau yang bertanding dalam peraduan itu mesti mencapai berat sekurang-kurangnya 1 tan.

BACA: Jarang Berlaku, Ramai Terhibur Tengok Kucing Jilat Tikus Macam Anak Sendiri

Tetapi kerbau-kerbau yang lain kelihatan kecil jika dibandingkan dengan Petch.

Sombat Membeli Petch Lamkhong Pada Pertengahan 2022

Pemiliknya, Sombat Thamelae berkata dia membeli kerbau itu pada harga 7 juta baht (RM921,136)  dari sebuah ladang di wilayah Bueng Kan, timur laut Thailand pada petengahan tahun 2022.

“Saya telah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa pertandingan setakat ini.

“Petch Lamkhong kini berada di kemuncak kemasyhuran. Air mani kerbau ini dijual dengan harga berjuta-juta baht,” katanya.

Gambar: KhaoSod

Tambahnya lagi, dia tidak tergesa-gesa untuk menjual kerbau gergasinya itu kerana mempunyai perancangan lain untuk dilakukan di masa akan datang.

Bagaimanapun, jika ada seseorang yang betul-betul serius untuk membelinya, dia akan menjual dengan harga tidak kurang daripada 50 juta baht.

Nilai tersebut menjadikan Petch sebagai kerbau termahal di Thailand.

Peth Lamkhong Banyak Menjana Hasil Kepada Sobat

Pada bulan januari lalu, seorang petani yang berasal dari Kalasin turut mendapat perhatian apabila dia mendakwa telah memperolehi 1 juta baht setiap bulan selepas menjual air mani kerbau miliknya.

Kerbau miliknya itu bernilai 30 juta baht (RM3.9 juta).

Dalam pada itu, penternak di seluruh negara tersebut dipercayai membayar harga yang tinggi untuk air mani kerbau gergasi dengan harapan supaya dapat menternak generasi baharu yang boleh menjana wang.

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: The Thaiger

The post Kerbau Gergasi Seberat 1.4 Tan Bernilai RM6.5 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*