Kereta Api Bertembung: 32 Orang Dilapor Terkorban Setakat ini

kereta api bertembung

Kereta Api Bertembung: 32 Orang Dilapor Terkorban Setakat ini

ATHENS — Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh manakala 85 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung berhampiran bandar Larissa di Greece pada malam Selasa, lapor AFP.

Dalam nahas tersebut, beberapa gerabak dilapor hampir musnah sepenuhnya akibat pertembungan antara kereta api membawa muatan penumpang dan barangan. Kejadian tersebut menyaksikan salah sebuah gerabak berada dalam keadaan terbakar.

Jurucakap, Vassilis Vathrakogiannis berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dijalankan walaupun mengalami sedikit kesukaran akibat pertembungan itu.

Gambar: Sakis Mitrolidis / AFP

“Seramai  32 orang telah ditemui terkorban, manakala 53 yang lain cedera dan sedang berada di hospital,” maklumnya.

Tambah Vassilis, jumlah kematian dijangka meningkat susulan bantuan dari kren dan pasukan penyelamat. Seramai 150 anggota bomba dan 4o ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian untuk misi menyelamat tersebut.

Difahamkan, kereta api penumpang itu membawa 350 orang. Ia dilaporkan dalam perjalanan dari ibu kota Athens ke bandar utara, Thessaloniki.

Dalam pada itu, salah seorang kru yang terselamat berkata dia menyifatkan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

“Sangat ngeri, lima jam kemudian kami sedang mencari mayat,” katanya.

BACA JUGA: Bot Karam Di Itali: Lebih 100 Orang Dikhuatiri Meninggal Dunia

Media tempatan turut melaporkan bahawa kemalangan tersebut membawa sebahagian pelajar yang pulang ke Thessaloniki selepas cuti hujung minggu. Tambah laporan itu, ia merupakan nahas kereta api paling teruk di negara berkenaan.

Salah seorang penumpang berusia 22 tahun berkata kepada AFP, ia merupakan mimpi negeri buat dirinya.

angka kematian kereta api greece
Gambar: Sakis Mitrolidis / AFP

“Saya masih trauma. nasib kami baik kerana berada di dalam gerabak kedua terakhir. Kami berjaya keluar dengan selamat. Sementara, gerabak pertama terbakar.

“Pelanggaran tersebut seolah-olah seperti gempa bumi yang dahsyat,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Wilayah, Kostas Agorastos sewaktu memberitahu TV Skai, angka kematian berkemungkinan meningkat. Tambahan lagi, dua gerabak pertama juga hampir tidak kelihatan.

Presiden kesatuan Pemandu Kereta Api, OSE Kostas Genidounias berkata kedua-dua pengangkutan itu bertembung pada landasan yang sama.

Susulan itu, mesyuarat tergempar kerajaan telah diadakan selepas kejadian itu, Kesemua mangsa nahas ditempatkan di dua hospital berhampiran Larissa.

angka kematian kereta api greece
Gambar: Sakis Mitrolidis / AFP

Tambahan lagi, hospital tentera di Thessaloniki dan Athens juga dalam situasi bersiap siaga sekiranya diperlukan.

Bagaimanapun, punca nahas tersebut masih belum diketahui sehingga kini.

Dalam laporan SK sebelum ini, angka kematian yang disahkan adalah seramai 16 orang dalam pertembungan kedua-dua kereta api itu di Greece.

Sumber: AFP via Yahoo

The post Kereta Api Bertembung: 32 Orang Dilapor Terkorban Setakat ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*