Kereta Penuh Lipas? Guna 3 Cara “Simple” Ni Je Untuk Halau 

3 cara halau lipas

Kereta Penuh Lipas? Guna 3 Cara “Simple” Ni Je Untuk Halau 

Lipas merupakan sejenis serangga perosak yang mendiami kawasan kotor dan gelap. Sifatnya yang suka memakan sisa makanan kotor membuatkan serangga ini sangat dibenci oleh kebanyakan orang.

Lipas bukan sahaja boleh mendiami rumah anda, malah mereka juga boleh mendiami dan membiak di dalam kereta milik anda. Terutamanya dalam kereta pemilik yang sering makan dan minum dalam kenderaan mereka.

Justeru, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan tiga cara mudah untuk anda menghalau lipas dari mendiami kereta kesayangan anda.

Perkongsian yang dibuat oleh HelloDoktor ini sangat mudah dan berkesan. Mari ikuti cara mudah tersebut seperti di bawah:

Lipas yang bersarang dalam kereta bukan sahaja menggelikan, malah boleh meninggalkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Kenderaan anda juga dipenuhi lipas dan masih mencari cara halau lipas dalam kereta yang berkesan? Kami kongsikan beberapa petua dan cara nak halau lipas yang sangat berkesan untuk anda.

Tempat biasa lipas membiak dalam kereta

Kredit HelloDoktor

Ada beberapa lokasi dalam kereta anda di mana lipas suka menyorok dan membiak.

Antaranya ialah seperti di dalam laluan pendingin hawa, di bawah karpet kaki, dalam bonet kereta dan juga di celah kusyen.

Antara sebab mengapa lipas suka berada di dalam kereta adalah kerana ia merupakan antara tempat yang ideal untuk menyorok dan bertelur.

Selain itu, jika anda kerap makan dan minum dalam kereta, cebisan makanan yang jatuh akan menarik perhatian serangga ini dan membuatkan mereka datang dan membiak dalam masa yang singkat.

Mengapa lipas perlu dihalau?

Walaupun lipas hanyalah serangga seperti semut dan juga labah-labah, namun ia boleh memberikan kesan negatif kepada diri anda.

Untuk pengetahuan pembaca, lipas boleh menyebarkan sehingga lebih 30 jenis bakteria yang pastinya akan mendedahkan diri anda kepada risiko penyakit.

Selain itu, jika lipas muncul secara tiba-tiba ketika anda memandu, ia boleh menyebabkan anda terkejut dan membuatkan anda hilang kawalan ketika memandu.

Ini boleh menimbulkan risiko untuk berlakunya kemalangan di jalan raya.

Cara halau lipas dalam kereta

Terdapat pelbagai kaedah yang sering dikongsikan sama ada di internet mahupun di media-media sosial mengenai cara halau lipas dalam kereta.

Kami kongsikan di sini beberapa cara nak halau lipas yang boleh anda praktikkan dalam kereta anda.

Cara halau lipas 1: Guna minyak dan marjerin

Kredit HelloDoktor

Mungkin anda pernah melihat individu lain berkongsi kaedah ini di media sosial.

Ia seolah-olah satu kaedah untuk memerangkap lipas yang bersarang dalam kenderaan.

Bahan-bahannya adalah:

  • Bekas kosong
  • Minyak masak terpakai
  • Sedikit marjerin
  • Sedikit susu pekat manis

Cara-caranya:

  • Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam bekas.
  • Letakkan di dalam kereta anda. Sebaiknya, letakkan berdekatan lokasi yang sering menjadi tempat persembunyian lipas seperti di karpet kaki atau di celah kusyen.
  • Biarkan semalaman dalam kereta. Lihat hasilnya pada keesokan hari.
  • Anda akan mendapati banyak anak-anak lipas yang berada dalam bekas tersebut.

Cara halau lipas dalam kereta 2: Letak daun pandan

Daun pandan mempunyai bau wangi yang dibenci oleh lipas.

Oleh sebab itu, kita tidak menjumpai lipas bersarang berdekatan dengan rimbunan pokok pandan.

Bagi menghalau lipas dalam kereta, ambil beberapa helai daun pandan dan buat simpulan sebelum diletakkan dalam kereta.

Untuk hasil yang lebih baik, hiris halus daun pandan dan masukkan ke dalam beg jaring halus sebelum diletakkan dalam kereta.

Cara halau lipas 3: Semburan serai wangi

Kredit HelloDoktor

Kini terdapat pelbagai produk semburan yang berasaskan serai wangi di pasaran.

Anda boleh menggunakan semburan serai wangi ini sebagai salah satu cara halau lipas dalam kereta.

Malah ia merupakan alternatif yang lebih baik berbanding racun serangga yang berasaskan bahan kimia atau racun lain.

Jika anda mempunyai pokok serai wangi di rumah, anda boleh membuat semburan anda sendiri.

Caranya ialah, kisar kering beberapa batang serai wangi (tanpa air).

Setelah itu, masukkan ke dalam bekas berisi air dan perapkannya semalaman.

Pada keesokan harinya, anda boleh menapis air tersebut daripada hampas serai dan masukkan ke dalam botol penyembur sebelum digunakan.

Mudah kan?

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu 3 cara halau lipas dalam kereta.

Selain daripada tiga kaedah ini, anda juga boleh meletakkan perangkap gam untuk lipas yang banyak dijual di pasaran.

Perangkap lipas dalam kereta ini sedikit sebanyak boleh membantu menyingkirkan populasi lipas yang berada dalam kenderaan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: HelloDoktor

The post Kereta Penuh Lipas? Guna 3 Cara “Simple” Ni Je Untuk Halau  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*