Kereta Remuk & Bertindih, Kemalangan Babitkan 200 Kenderaan Korbankan Satu Nyawa 

Kereta Remuk & Bertindih, Kemalangan Babitkan 200 Kenderaan Korbankan Satu Nyawa 

Lebih 200 buah kenderaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di sebuah jambatan di bandar Zhengzhou di China akibat kabus tebal sehingga meragut satu nyawa, lapor Daily Mail.

Melalui gambar dan video yang dimuat naik di media sosial, beberapa buah kereta dan lori dilihat remuk dan bertindih antara satu sama lain di jambatan Zhengxin di wilayah Henan.

Manakala, satu lagi video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan cermin depan kereta pecah dan berlubang.

Selain itu, beberapa rakaman lain juga menunjukkan kerosakan teruk pada kenderaan di bahagian hadapan dan keadaan cuaca yang berkabus tebal pada Rabu, pagi tadi.

Gambar: Twitter

Dalam satu klip video yang disiarkan, seorang individu berkata bahawa kejadian itu sangat menakutkan, terlalu ramai orang di tempat itu sehingga tidak boleh keluar dari jambatan tersebut.

Memetik Daily Mail, ramai orang yang cedera dan terperangkap dalam kenderaan masing-masing.

Pihak bomba telah menghantar 11 trak bomba dan 66 orang anggota penyelamat untuk membantu, lapor media kerajaan.

Pasukan penyelamat berkata lebih 200 kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut dan merempuh antara satu sama lain.

 

 

Gambar: AFP 

Media tempatan juga melaporkan bahawa beberapa rempuhan berlaku di kedua-dua arah berhampiran dengan garisan tengah Jambatan Zhengxin Huanghe.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi berkata kadar penglihatan di beberapa kawasan adalah kurang daripada 500 meter pada pagi Rabu dan turun sehingga 200 meter pada masa-masa tertentu.

Susulan daripada itu, polis tempatan telah menutup laluan jambatan tersebut kepada semua lalu lintas.

Sumber: Daily Mail

The post Kereta Remuk & Bertindih, Kemalangan Babitkan 200 Kenderaan Korbankan Satu Nyawa  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*