Kerjasama Keselamatan Sempadan Maritim Negara Dipertingkatkan

PUTRAJAYA, 9 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) digesa mempertingkatkan lagi keselamatan sempadan negara dengan memperkukuhkan kerjasama dengan negara-negara jiran melalui pelaksanaan operasi khas antara negara.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan Maritim Malaysia perlu melaksanakan kerjasama erat dengan mengadakan operasi bersama sebagaimana yang sedang dilaksanakan dengan pihak Australian Border Force (ABF) di Tanjung Sedili, Johor baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang lain beliau turut memaklumkan Kerajaan kini sedang melaksanakan Dokumen Pengenalan Pelarian (DPP) bagi mendapatkan jumlah sebenar pelarian dan penerima suaka yang berada di dalam negara.
Saifuddin berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini hari ini.

Turut hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji Haji Ubi, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia selaku memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Haji Mohd Amin dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Khairul Anuar Bachok.

Beliau turut memaklumkan keputusan berkenaan dibuat oleh pihak kerajaan memandangkan tiada data sebenar jumlah pelarian dan penerima suaka yang berada di negara ini sebagaimana jumlah yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) iaitu kira-kira 180 ribu orang.

Maritim Malaysia dalam pada itu memohon bantuan masyarakat khususnya komuniti maritim untuk menjadi mata dan telinga Maritim Malaysia serta agensi penguat kuasa lain bagi melaporkan kegiatan jenayah dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang yang dilakukan di perairan negara. Kejayaan-kejayaan kes tangkapan yang dilaksanakan adalah hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh orang ramai.

Maklumat berkaitan boleh disalurkan secara terus dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim (PUSOP) yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999.

The post Kerjasama Keselamatan Sempadan Maritim Negara Dipertingkatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*