

Kerugian Dianggar Cecah RM4.3 Bilion, Banjir Dahsyat Dilapor Landa California
SAN FRANCISCO — Ribut kencang yang membawa hujan lebat sejak 11 hari lalu telah menyebabkan sebahagian bandar dari utara hingga selatan California ditenggelami air.
Memetik The New York Times, negeri Amerika Syarikat tersebut dilaporkan telah lama mengalami kemarau sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga musim sejuk yang membawa salji yang tebal dan banjir yang teruk.

Kawasan sungai tertentu di pedalaman Los Angeles yang berada dalam keadaan kering sekelip mata berubah menjadi saluran air yang merbahaya akibat arus deras.
Pada minggu lalu, salji masih dilaporkan turun di Sierra Nevada bersama angin kencang yang menumbangkan tiang elektrik di Sacramento.
BREAKING: Ellen DeGeneres shares an intense clip of raging flood waters near her home in Montecito, California, which is under mandatory evacuation following the recent storm system in the area.#southerncalifornia #flooding pic.twitter.com/WetD81ocD2
— Los Angeles Magazine (@LAmag) January 10, 2023
Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan maut akibat hujan lebat yang bermula pada akhir Disember lalu dan cuaca buruk itu dijangka akan berterusan.
Menurut pegawai negeri berkenaan sehingga semalam, hampir 100,000 penduduk telah diarahkan untuk berpindah manakala lebih 220,000 penduduk terputus bekalan elektrik.
Pengurus Perkhidmatan Kecemasan, Paul Horvat berkata kerajaan negeri itu telah bertungkus-lumus untuk membaiki segala kerosakan yang berlaku termasuk pokok tumbang dan membaiki benteng.

Tambahnya, hujan yang berterusan menyebabkan beberapa anak sungai semakin melimpah.
BREAKING: CALIFORNIA ISSUES A FLOOD WARNING FOR THE ENTIRE BAY AREA FROM 4PM TODAY-TUESDAY
Follow @YayAreaNews For Bay Area / Northern California Storm Updates In Real Time
#BayArea #SanFrancisco #AtmosphericRiver #CAwx pic.twitter.com/eoIrpsN1KM
— BAY AREA STATE OF MIND (@YayAreaNews) January 7, 2023
“Saya tidak pernah melihat hujan ribut yang berlaku seteruk ini,” katanya.
Kebanyakan jalan raya ditutup buat sementara waktu manakala sistem pengangkutan pula dilaporkan mengalami gangguan serta persekitaran udara di negeri itu berbau lumpur, lapor The New York Times lagi.
Sementara itu, Pusat Ramalan Cuaca tempatan turut memaklumkan bahawa purata jumlah hujan yang turun sejak beberapa minggu lalu melebihi jumlah 400 hingga 600 peratus daripada nilai purata biasa.
#BREAKING
Major Damage reported as massive swell batters piers and homes in Santacruz #flooding #Flood #santacruz #California #Californians #Californiastorm #Weather pic.twitter.com/L19jQs7stq— Crime With Bobby (@bobbywellison) January 6, 2023
Menurut data Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan, jumlah kerosakan dianggar mencecah RM4.3 bilion dan ia merupakan permulaan tahun baru yang kurang menggembirakan bagi Amerika Syarikat.
Jabatan Meteorologi tempatan pada Selasa lalu memaklumkan bahawa negeri itu akan terus dilanda cuaca buruk sehingga pertengahan minggu depan.
Terdahulu, cuaca buruk itu membawa angin kencang dan hujan lebat di kawasan Teluk di pinggir laut Santa Cruz, Monterey dan Santa Barbara hingga mengakibatkan kemusnahan yang teruk.
Sumber: The New York Times
The post Kerugian Dianggar Cecah RM4.3 Bilion, Banjir Dahsyat Dilapor Landa California appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment