Kes Letupan Di Pandan Indah Disyaki Berpunca Akibat Cemburu – Polis

Kes Letupan Di Pandan Indah Disyaki Berpunca Akibat Cemburu – Polis

Pasangan suami isteri yang disyaki menjadi suspek utama kejadian letupan yang membawa maut kepada seorang lelaki di Pandan Indah, Khamis lalu direman selama tujuh hari.

Menurut laporan Sinar Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan dua suspek suami isteri yang masing-masing berumur 33 dan 30 tahun itu di Serdang, Kedah pada malam tadi.

Kedua suspek terbabit direman bermula hari ini sehingga 10 Januari minggu hadapan.

Menurut polis, kejadian berkenaan dipercayai bermotifkan rasa cemburu suspek lelaki terhadap mangsa yang terbunuh.

Kejadian yang berlaku pada 29 Disember lalu telah menyebabkan mangsa berusia 28 tahun maut selepas mangsa cuba mengambil bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya sebelum meletup di hadapan sebuah restoran tempat kerja mangsa.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Siasatan awal polis mendapati mangsa telah melihat satu bungkusan diletakkan di bonet kereta miliknya jenis Toyota Corolla Altis sebelum bertindak memegangnya lalu meletup.

Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan berikutan alami kecederaan parah di badan dan tangan kesan daripada letupan berkenaan.

Mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan pada jam 9.45 malam.

Polis telah berjaya menemui beberapa objek yang dipercayai bahan letupan yang digunakan oleh suspek berhampiran dengan lokasi kejadian. Polis juga dilaporkan masih menjalankan siasatan berkenaan penemuan tersebut.

Kes tersebut sedang disiasat berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Sinar Harian

The post Kes Letupan Di Pandan Indah Disyaki Berpunca Akibat Cemburu – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*