Kesan Beberapa Kelemahan Di Ruang Menunggu “E-Hailing”, Anthony Loke Buat “Spot Check” Di KLIA2 

loke spot check klia2

Kesan Beberapa Kelemahan Di Ruang Menunggu “E-Hailing”, Anthony Loke Buat “Spot Check” Di KLIA2 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini membuat pemeriksaan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas menerima rungutan orang awam berkenaan ketidakselesaan di ruang menunggu.

Dalam hantaran Facebook, Loke berkata terdapat beberapa kelemahan yang telah dilihat terutama di ruang menunggu perkhidmatan e-hailing perlu diperbaiki.

“Pagi tadi, sebelum saya melancarkan “fixed fare midnight flights” di Red Q, AirAsia, saya telah membuat spot-check di KLIA2.

“Tujuan saya pagi ini melihat keadaan di hab pengangkutan awam di Level 1, KLIA2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.

“Ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki,” katanya dalam hantaran hari ini.

Kredit: FB Anthony Loke
Kredit: FB Anthony Loke
Kredit: FB Anthony Loke

Ujar Loke, antara kelemahannya ialah lorong jalan yang tidak rata yang berlaku disebabkan tanah mendap.

“Salah satu satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna. Pihak pengurusan telah melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari.

“Sistem pencahayaan juga akan ditambah baik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang,” tambah loke lagi.

Sementara itu, Loke turut mengajak semua stakeholders untuk sentiasa berusaha menambahbaik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang.

Terdahulu, media melaporkan Loke tampil memberi penyelesaian isu penumpang berang akibat penerbangannya ditunda dipercayai sehingga lebih kurang lapan jam tanpa diberi notis awal oleh syarikat penerbangan Malindo Air.

Ekoran itu, Malindo Air yang juga dikenali sebagai Batik Air telah menghubungi semua penumpang yang terkesan bagi menyampaikan baucar istimewa secara percuma kepada mereka.

Sumber: Anthony Loke via Facebook

The post Kesan Beberapa Kelemahan Di Ruang Menunggu “E-Hailing”, Anthony Loke Buat “Spot Check” Di KLIA2  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*