Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC KDA FC Zain mengakuiĀ 

ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui wujud jurang pada tahap serta kemampuan yang menyaksikan skuadnya tewas 0-1 kepada Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam.

Bagi Nafuzi, Selangor hadir dalam keadaan lebih baik berbanding Kedah daripada aspek fizikal dan tahap kecergasan yang memperlihatkan pelawat jauh lebih bersedia.

“Kalau kita tengok, Selangor lebih baik berbanding Kedah daripada faktor fizikal dan tahap kecergasan.

“Ini membuatkan kami sukar, walaupun begitu kami mencuba sebaik mungkin kerana mahu bangkit selepas tewas 2-5 kepada Sabah minggu lalu.

“Sewaktu kami bertemu Selangor pada aksi pertama di tempat lawan dahulu, ianya agak seimbang antara kedua-dua pasukan.

“Namun saya lihat keadaan perlawanan di laman sendiri kali ini ianya agak ketara dengan tekanan yang diberikan Selangor membuatkan kami gagal mengawal situasi dengan tenang dan kami agak terburu-buru.

“Ia menyebabkan kami kehilangan bola dengan begitu cepat,” katanya.

sumber: BH

Jelas Nafuzi, aspek kelekaan masih lagi berulang seperti beberapa perlawanan lalu yang menjadi penghalang buat skuadnya bangkit selepas kempunan tiga mata pada tiga aksi sebelum ini.