Kewujudan Makhluk Asing Di Angkasa, Isyarat Dihantar Ke Bumi

Kewujudan Makhluk Asing Di Angkasa

Para saintis percaya bahawa mereka menemui bukti tentang kewujudan kehidupan makhluk asing selepas melihat ‘objek asing’ (cahaya) berputar di 4,000 tahun cahaya jauhnya, memetik laporan The Mirror.

Menurut ahli astronomi, peranti misteri itu menghantar isyarat radio berulang kali  setiap 18 minit dan tidak seperti apa-apa yang pernah dilihat sebelum ini di angkasa.

Malah, pemerhatian daripada objek asing itu telah menunjukkan ia mengeluarkan tenaga luar biasa sebanyak tiga kali dalam tempoh satu jam.

Ahli Astrofizik Dr Natasha Hurley-Walker dikatakan ‘teruja’ kerana pada pendapatnya penemuan itu mungkin boleh menyumbang kepada potensi kejayaan dalam pencarian kehidupan luar Bumi.

Dr Hurley-Walker yang juga mengetuai pasukan penyeledikan yang berpangkalan di Australia berkata, “Saya bimbang ia adalah makhluk asing.”

bunyi bip dipercayai sentuhan makhluk asing
Kredit: NAOC/Y. Zhang / SWNS.COM via The Mirror

Justeru, pasukannya dari Universiti Curtin Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR) sedang mencari koordinat tepat pada gelombang radio di angkasa apabila ia terkena objek asing itu.

Menurut Dr Hurley-Walker, pada mulanya dia menyangka bahawa ia hanya isyarat yang dihantar disebabkan gangguan.

Namun apabila pemerhatian diambil lebih kurang selang 18 minit ia menunjukkan terdapat sumber menghantar bunyi ‘bip’ sekali lagi di tempat dan frekuensi yang sama.

Susulan itu, Dr Hurley-Walker dipercayai telah merujuk kepada usaha penyelidik di seluruh dunia yang mencari isyarat radio kosmik berulang yang dihantar pada frekuensi isyarat yang dipanggil “Search for Extra-Terrestrial Intelligence“.

Tambahnya lagi, “Adakah pada ketika ini kita mendapat tahu kebenaran di luar sana (angkasa lepas)?”

bunyi bip dipercayai sentuhan makhluk asing
Kredit: NASA/ESA/Hubble Heritage Team via The Mirror

Menurut The Mirror, objek itu terus muncul dan hilang semasa pemerhatian, tetapi pasukan tersebut menghela nafas lega selepas beberapa jam kerana objek itu dikesan merentasi pelbagai frekuensi.

“Jadi, kuasa yang diperlukan untuk menjananya hanya boleh datang dari sumber semula jadi,” maklum mereka.

Justeru, tanggapan awal mereka kepada objek itu merujuk kepada bintang neutron atau “white dwarf” – nama untuk teras bintang yang runtuh.

 

Sumber: The Mirror

The post Kewujudan Makhluk Asing Di Angkasa, Isyarat Dihantar Ke Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*