Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat Dari UMNO, Empat Lagi Digantung Keahlian

Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat

Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat Dari UMNO, Empat Lagi Digantung Keahlian

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan telah memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin daripada parti tersebut.

Perkara tersebut dapat disahkan menerusi ciapan dibuat akaun Twitter rasmi Sinar Harian sebentar tadi.

Dalam ciapan tersebut, empat lagi ahli UMNO yang lain turut dilaporkan digantung keahlian.

Nama yang digantung keahlian itu adalah Shahril Hamdan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang dan Datuk Salim Shariff.

Dalam pada itu, dilaporkan bahawa Datuk Seri Khaled Nordin bakal menggantikan Datuk Hasni Mohammad sebagai Pengerusi UMNO Johor.

Sumber: Sinar Harian

The post Khairy Jamaluddin & Noh Omar Dipecat Dari UMNO, Empat Lagi Digantung Keahlian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*