KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT

KJ pengarah JDT

KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin secara rasminya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.

Tidak hanya itu, dalam masa sama Khairy yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut dilantik menjadi Penasihat Belia Johor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan perkara itu dengan membuat satu kenyataan di laman Facebook.

Difahamkan, pelantikan itu dibuat berdasarkan kredibiliti dan pengalaman Khairy dalam mengendali urusan negara.

TMJ percaya dengan pengalaman yang dimiliki oleh Khairy mampu memberikan kemajuan kepada belia dan bola sepak Johor.

“Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Kredit: FB JDT

Kelab JDT ucap tahniah

Sementara itu, kelab JDT dalam satu hantaran di Facebook turut mengalu-alukan kedatangan Khairy  dan mengucapkan tahniah kepada beliau.

“Kelab Bolasepak JDT ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“JDT turut mengucapkan tahniah kepada Khairy atas perlantikan beliau sebagai Penasihat Belia Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” memetik hantaran itu.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

TMJ bagi hint lantik KJ sebagai pengarah JDT

Sebelum ini, media melaporkan TMJ berkemungkinan bakal melantik Khairy Jamaluddin untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasmi TMJ baru-baru ini.

“Berpengalaman, terbukti, kenapa tidak…,” tulis kapsyen gambar tersebut.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar tersebut, TMJ juga turut memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menjawat jawatan penting di dalam JDT.

Pengalaman Khairy dalam industri sukan tanah air tidak perlu dipertikai lagi terutamanya sukan bolasepak.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 hingga Mei 2018.

Semasa memegang jawatan tersebut, beliau telah menubuhkan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP).

Selain daripada itu, beliau juga turut pernah terpilih untuk menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan berkhidmat dari 2007 hingga 2010.

Sumber: HRH Crown Prince of Johor via Facebook

BACA: “Berpengalaman Dan Terbukti,” TMJ Bagi “Hint” KJ Bakal Dilantik Jadi CEO JDT

The post KJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*