KM73 Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Akibat Mendapan

jalan kuantan segamat ditutup

KM73 Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Akibat Mendapan

KUANTAN, 2 Mac (Bernama) — Laluan Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan ditutup sepenuhnya hari ini, ekoran mendapan yang berlaku akibat hujan lebat berterusan semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi memaklumkan penutupan jalan adalah sehingga kerja pembaikan selesai.

“Penutupan jalan dibuat selepas mendapatkan penilaian keselamatan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan dan orang ramai dinasihatkan mematuhi tanda arahan yang dipasang di laluan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bagi laluan alternatif, pengguna jalan raya dari arah Kuantan akan dilencongkan di lampu isyarat Paloh Hinai ke Jalan Batu Balik ke Pekan.

Pengguna dari Segamat pula akan dilencongkan di Muadzam Shah ke Leban Condong di Rompin sebelum ke Nenasi di Pekan.

Pengguna jalan raya boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan bagi mendapatkan maklumat terkini di talian 09-4221 999.

Sumber: BERNAMA

The post KM73 Jalan Kuantan-Segamat Ditutup Akibat Mendapan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*