Konsortium E-Mutiara kekal taja pasukan Selangor FC, Kelantan United

KOTA BHARU: Konsortium E-Mutiara Berhad kekal menaja pengangkutan Selangor FC dan Kelantan United FC (Kelantan United) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengarah Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kos penajaan pengangkutan itu bas dua tingkat melibatkan nilaian berjumlah RM500,000 setiap pasukan.

“Konsortium E-Mutiara Berhad berharap hubungan kerjasama ini dapat menyuntik semangat bagi kedua-dua pasukan terus melakar kejayaan lebih baik dalam arena bola sepak tempatan.

“Selangor FC dan Kelantan United menunjukkan perkembangan baik pada musim lalu dan kita harap mereka mencapai prestasi lebih baik pada musim ini,” katanya semasa sidang akhbar pada Majlis Pemasyhuran Kerjasama Strategik Liga M 2023 antara Konsortium E-Mutiara, Selangor FC dan Kelantan United di sini hari ini.

Che Ibrahim memberitahu, pihaknya turut ‘Unit Breakdown’ bagi menangani kerosakan sekiranya berlaku semasa perjalanan.

Katanya, aspek keselesaan dan keselamatan pemain serta pengurusan pasukan turut diberikan keutamaan jika melibatkan jarak perjalanan yang jauh.-UTUSAN

 

 

The post Konsortium E-Mutiara kekal taja pasukan Selangor FC, Kelantan United appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*