Kontrak bersama Perak FC tidak diperbaharui, Idris pilih haluan berbeza

IPOH: Selepas lapan tahun menabur bakti kepada Perak, Idris Ahmad akhirnya membawa haluan berbeza apabila kontraknya tidak diperbaharui Perak FC.

Selepas menyedari khidmatnya sudah tidak diperlukan Perak FC, Idris terpaksa cari pasukan lain

“Apa pun saya berpuas hati kerana telah memberikan yang terbaik selama lapan tahun kepada Perak.

“Saya gembira selama berada di Perak, kini tiba masanya saya mencari tapak lain,” kata pemain dari Kuala Selangor itu.
.
Menurut Idris, 32, setakat ini dia belum mempunyai pasukan dan sedang mencari pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Pemain pertahanan itu menyertai Perak pada 2014 dan kemudian ke Felda United pada musim 2016-2017 sebelum kembali ke Perak.

Idris berkata, dia sedang menguruskan perpindahan barang-barang ke rumahnya di Kuala Selangor dari Ipoh.

“Selepas selesai angkat barang, barulah saya akan mula mencari pasukan baharu.

“Tidak tahulah ke mana destinasi saya. Tidak kisahlah pasukan mana asalkan mereka memerlukan khidmat saya, ” kata pemain itu. – UTUSAN

The post Kontrak bersama Perak FC tidak diperbaharui, Idris pilih haluan berbeza appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*