Kos baiki infrastruktur rosak akibat banjir RM196 juta

PENDANG – Kementerian Kerja Raya (KKR) menganggarkan kos bagi membaiki infrastruktur termasuk jalan dan cerun yang rosak akibat banjir di Pantai Timur sebanyak RM196 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerosakan paling teruk dan memerlukan perbelanjaan tinggi adalah penyelenggaraan cerun.

“Di Pantai Timur, anggaran kos adalah RM196 juta untuk kerja-kerja jalan, bukan jalan, elektrik, penyelenggaraan cerun dan lain-lain.

“Kalau di seluruh Semenanjung, kos diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan akibat banjir adalah RM232 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Mengulas lanjut, kata Alexander, lawatannya ke kawasan terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu mendapati banyak permukaan jalan yang pecah dan rosak teruk.

“Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan yang mana kini sudah mencapai 20 peratus,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang isu Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol, kata beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Malaysia Berhad (Plus).

“Saya difahamkan esok ada mesyuarat khas antara LLM dan juga PLUS untuk membincangkan apa langkah-langkah yang sepatutnya kita ambil,” katanya.

Beliau pada masa sama mengesahkan bahawa penggunaan RFID akan diteruskan.-KOSMO! ONLINE

The post Kos baiki infrastruktur rosak akibat banjir RM196 juta appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*