Kumpulan K-Pop Terkenal, MOMOLAND Umum Bubar

MOMOLAND Umum Bubar

Kumpulan K-Pop Terkenal, MOMOLAND Umum Bubar

Selepas enam tahun bersama, kumpulan K-Pop wanita terkenal, MOMOLAND mengumumkan bahawa keenam-enam ahli mereka akan membawa haluan masing-masing.

Berita mengejutkan itu diketahui umum melalui satu nota tulisan tangan yang dimuat naik secara serentak oleh semua anggota kumpulan itu di Instagram semalam.

Hantaran berkenaan turut disertai dengan kapsyen dalam bahasa Korea dan Inggeris.

“Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kepada Merries (peminat MOMOLAND) atas berita yang mengenai kumpulan kami baru-baru ini. Kami memohon maaf kerana lambat memberikan perkembangan kepada pihak anda.

“Selepas mengadakan perbincangan yang panjang serta mendalam, keenam-enam ahli memutuskan untuk menyokong antara satu sama lain bagi memulakan jalan kehidupan baharu selepas ini.

MOMOLAND umum bubar

“Walaupun kami memilih untuk membawa haluan masing-masing, kami sebagai MOMOLAND akan sentiasa menjadi sebuah kumpulan dalam hati anda.

“Kami sangat berterima kasih kepada Merries kerana memberikan memori-memori berharga dan berada di sisi kami selama tujuh tahun. Merries akan sentiasa berada di hati kami.

“Kami juga memohon maaf kerana tidak memaklumkan hal ini kepada anda dengan segera tetapi kami sangat berterima kasih atas kesabaran anda untuk menunggu berita dari kami.

“Akhir sekali, sila berikan sokongan dan kasih sayang berterusan kepada MOMOLAND. Juga kepada setiap jalan yang dipilih oleh setiap ahli. Terima kasih,” kata Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin, dan Nancy secara bersama.

 

Kontrak eksklusif telah tamat tarikh luput

Terdahulu, MLD Entertainment mengumumkan bahawa kontrak MOMOLAND bersama agensi tersebut sudah luput.

“Helo, ini adalah MLD Entertainment.

“Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan kepada MOMOLAND.

“Selepas mengadakan perbincangan bersama ahli MOMOLAND (Hyebin, Jane, Nayun, JooE, Ahin, dan Nancy), kami menghormati padangan semua ahli dan bersetuju untuk membatalkan kontrak eksklusif berdasarkan tarikh luput kontrak tersebut.

“Kami menzahirkan ucapan terima kasih kepada MOMOLAND kerana sudi bersama kami untuk jangka masa yang lama. Kami berharap yang terbaik buat anda pada masa hadapan.

“Kami juga meminta para peminat agar sentiasa menunjukkan kasih sayang yang tidak terbelah bahagi dan sokongan kepada semua ahli yang bakal memulakan perjalanan baharu. Terima kasih.”

BACA: Jualan Sambal Nyet 2 Tahun RM21.5 juta, Khairulaming Kongsi Teknik Urus Operasi

Sumber: Soompi

The post Kumpulan K-Pop Terkenal, MOMOLAND Umum Bubar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*