Latihan Anjing K-9 Polis: Bagaimana Ia Dilatih Untuk Jejak Penjenayah

Lebih kurang seminggu lalu, negara kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor.

Lebih menyayat hati, seramai 30 orang mangsa terkorban akibat tertimbus  dalam tragedi malang itu sudah ditemui (setakat artikel ditulis).

Dapat dilihat sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR), pihak polis menggunakan  khidmat anjing untuk membantu dalam membuat pengesanan mayat mangsa yang tertimbus.

Tapi mungkin anda terfikir, macam mana pasukan polis atau bomba melatih anjing pengesan yang ‘berpangkat’ K-9 ini untuk mengesan sebarang tanda di tempat-tempat terselindung?

Justeru dalam perkongsian artikel pada kali ini, anda akan didedahkan dengan jenis latihan yang diberikan kepada anjing K-9 sehingga boleh memudahkan pencarian pasukan penyelamat.

anjing
Kredit: SitStay

Anjing K-9 ialah anjing pengesan yang membantu polis atau pasukan penyelamat lain menyelesaikan jenayah atau apa-apa kes yang berlaku. Ia telah menjadi sebahagian besar daripada penguatkuasaan undang-undang sejak beberapa tahun yang lalu.

Tidak hanya itu, anjing K-9 telah menyelamatkan banyak nyawa dengan kemahiran dan keberanian yang dimiliki, malah ia disifatkan sebagai sesuatu yang unik.

Sedia maklum, haiwan tersebut mempunyai tahap kesetiaan yang tinggi kepada tuannya selain sentiasa berwaspada dan melindungi orang lain.

Justeru, dengan sikap sedemikian anjing dianggap sebagai sebahagian yang penting dalam badan penguatkuasaan dan penyelamat dan sukar untuk ditukar ganti ‘posisinya’.

anjing
Kredit: SitStay

Latihan anjing K-9 merangkumi banyak jenis malah biasanya ia akan dikhususkan kepada beberapa bahagian seperti pencarian dadah, bahan letupan atau rondaan.

Difahamkan kesemua anjing K-9 mempunyai dorongan dan kecerdasan yang sama sehingga meletakkannya ‘sebaris’ dengan kemampuan anggota barisan hadapan.

Tetapi, semuanya tidak bergantung kepada anjing itu sendiri, sebaliknya pengendali anjing juga perlu tahu bagaimana hendak mengawal haiwan tersebut untuk ‘bertugas’.

Misalnya, anjing polis unit K9 akan dilatih dengan kepatuhan untuk permulaan dan latihan yang lain akan diterapkan secara perlahan-lahan sepanjang tahun pertama.

Ekoran daripada itu, latihan akan ditambah dari semasa ke semasa untuk memastikan anjing tersebut dapat mengendalikan ‘tugasan’.

Secara tidak langsung, pendekatan ini adalah asas yang baik dan boleh diusahakan oleh pengendali anjing untuk membentuk anjingnya sebelum ditempatkan dalam sektor tugasan yang lebih khusus.

anjing
Kredit BERNAMA

Latihan Anjing K-9 Mengikut Jenis

Umum ketahui, anjing K-9 yang digunakan oleh pihak polis bukanlah anjing ‘biasa-biasa’, sebaliknya sudah tentu berbeza kerana ia mempunyai kelebihan berbanding anjing biasa.

Anjing Polis Peronda

Anjing-anjing ini berada di jalanan sebagai unit tambahan. Difahamkan anjing peronda ini dilatih berdasarkan kehidupan seharian bermula daripada mencari suspek, melindungi pegawai/pengendali dan menundukkan penjenayah.

Tidak hanya itu, anjing tersebut juga sering dilatih untuk mencari sebarang ubat, bermakna ia juga terlibat dalam latihan pengecaman bau narkotik.

anjing
Kredit: SitStay

Anjing Pengesan Dadah

Menurut perkongsian tersebut, anjing di bawah pengkhususan ini akan diajar dengan satu ‘tugas’ sahaja iaitu apa-apa perkara yang bersangkut-paut dengan narkotik.

Malah, latihan anjing ini akan menjadi lebih sukar dan memerlukan keupayaan yang tinggi untuk membezakan pelbagai jenis dadah.

Dalam masa yang sama mereka juga diajar untuk sentiasa berwaspada ketika menghidu bau untuk mengelakkan ia keliru jika terhidu bau lain.

Lebih menakjubkan lagi, anjing-anjing ini disifatkan mempunyai daya menghidu yang tinggi, misalnya ia boleh mengecam bau walaupun anda sedang memasak stik di sebelahnya.

Secara tidak langsung, keadaan tersebut telah menjadikannya sebagai anjing pengesan yang terhebat dalam unit pengesan dadah.

anjing
Kredit: SitStay

Anjing Pengesan Bom

Anjing pengesan bom dilatih dengan sangat ketat dalam pengesanan bau kerana terdapat lebih daripada 10,000 bau berbeza yang mesti dipelajari, semua itu berkaitan dengan bahan letupan.

Tidak hanya itu, anjing ini dikatakan hebat kerana boleh mempelajari bau sebanyak itu dalam tempoh masa yang boleh dikatakan singkat iaitu hanya 10 minggu.

Secara tidak langsung, latihan dedikasi itu akan menjadikan ia menjadi profesional dalam apa yang dilakukan.

anjing
Kredit: SitStay

Anjing Pengesan Bau

Sementara itu, kumpulan anjing ini akan dilatih untuk mempelajari selok belok suspek yang bersembunyi atau mungkin telah melarikan diri.

Tidak dinafikan, banyak situasi yang memerlukan anjing ini dan mereka sangat pandai mencari penjenayah dikehendaki.

Selalunya, kumpulan anjing ini akan mencari berdasarkan bau tidak kira berjam-jam atau berhari-hari yang lalu.

anjing
Kredit: SitStay

Tempat Latihan

Latihan anjing polis yang digunakan oleh pasukan biasanya dari satu tempat, sama ada kemudahan latihan swasta yang pakar dalam bidang ini atau pasukan polis yang mempunyai jurulatih mereka yang tersendiri di tapak latihan.

Selepas menjalani latihan, anjing tersebut akan ‘dipasangkan’ dengan pengendali anjing selama hampir setiap hari.

Bukan anjing sahaja yang perlu dilatih, malah pengendali anjing pula perlu dilatih tentang cara mengendalikannya.

Tidak bermakna, anda tidak boleh melatih anjing anda untuk melakukan tugas khusus tersebut, namun dalam kes ini terdapat anjing perlindungan yang pakar telah dilatih oleh ahli profesional untuk orang awam.

anjing
Kredit: SitStay

Tips untuk Membantu Melatih Secara Profesional

Jelas kita tahu, bahawa bukan hanya manusia yang mempunyai tekanan, namun perkara yang sama akan dirasakan oleh haiwan tersebut.

Jika anda diberi tugas untuk melatih anjing, anda perlu menjadikan sesi latihan tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Kalau anjing tidak menikmatinya, ia pastinya akan menjejaskan sesi latihan berkenaan.

Seterusnya, gunakan pendekatan yang boleh memotivasikan anjing, misalnya jika anjing anda sukakan makanan, latih gunakan makanan. Jika anjing anda sukakan mainan, mainlah bersamanya sekiranya ia berjaya mengikuti latihan yang diberikan.

Malah, anda jangan lupa untuk memastikan kesihatan anjing anda terjamin, iaitu elakkan daripada memberi latihan yang terlalu banyak untuknya.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu konsisten, berlatih pada masa yang sama setiap hari tetapi bukan perkara yang sama sahaja (berbeza-beza sebaiknya).

Tidak hanya itu, anda juga perlu perkenalkan cabaran baharu untuk memastikan anjing anda setiasa mendengar arahan.

Seterusnya, sesi latihan harus berakhir dengan penilaian – sebaiknya ia lulus – dan ini akan menjadikan tempoh latihan menjadi sesuatu yang memuaskan.

Perlu anda ketahui bahawa latihan K-9 tidak pernah berhenti kerana pengendali dan anjing mesti memperbaharui latihan mereka sepanjang masa.

Yang terakhir, anjing juga makhluk hidup yang perlu diberikan kasih sayang, nilai persahabatan, rawatan dan mainan selain ganjaran sepanjang ia menjalankan perkhidmatannya.

Sumber: SitStay

The post Latihan Anjing K-9 Polis: Bagaimana Ia Dilatih Untuk Jejak Penjenayah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*