Lebih 9 Magnitud, Ini 10 Tragedi Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah

gempa bumi paling dahsyat

Lebih 9 Magnitud, Ini 10 Tragedi Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Pada Isnin lalu, negara Turki dan Syria telah digegarkan dengan satu bencana gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud.

Bencana yang berlaku sekitar pukul 4.00 pagi waktu tempatan itu turut dirasai hingga ke ibu negara, Angkara, yang terletak kira-kira 460 kilometer dari pusat gempa.

Setakat ini, angka kematian dari bencana gempa bumi yang menggegar beberapa kawasan di Turki dilapor telah pun melebihi 5,894.

Difahamkan, bencana tersebut mirip dengan insiden gempa bumi paling kuat yang pernah menggegar Turki pada tahun 1939.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Dalam bencana yang berlaku di timur laut negara berkenaan, sekurang-kurangnya 30,000 nyawa terkorban.

Bagaimanapun, ia bukanlah gempa bumi yang paling dahsyat yang pernah direkodkan dalam sejarah dunia.

Menurut laman portal Geology Science, terdapat gempa bumi yang lebih besar dan bermagnitud lebih daripada 9 pernah berlaku di dalam dunia.

Berikut adalah gempa bumi terbesar yang pernah melanda dunia.

10 Gempa Bumi Paling Dahsyat Dalam Dunia

1. Gempa Valdivia (1960) – 9.5 Magnitud

gempa bumi paling dahsyat
Gambar: Santiago Times via Geology Science

Dikenali sebagai gempa bumi Great Chile, ia adalah gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan pernah berlaku.

Bencana gempa bumi ini dilaporkan berlaku pada 22 Mei 1960, sekitar pukul 3.11 petang waktu tempatan, kira-kira 100 batu (160 kilometer) dari pantai Chile, berdekatan dengan bandar Valdivia.

Ia berlaku sekurang-kurangnya 10 minit dan mencetuskan tsunami besar dengan ombak sehingga 25 meter (82 kaki).

Kawasan pesisir pantai Chile dikhabarkan musnah akibat dilanda tsunami yang teruk serta memusnahkan Hilo, Hawaii.

Ombak setinggi 10.7 meter (35 kaki) direkodkan walaupun 10,000 kilometer dari pusat gempa di Jepun dan Filipina.

Angka kematian bencana gempa bumi dan tsunami Valdivia ini dianggarkan antara 1,000 dan 6,000 serta kira-kira 3,000 orang tercedera.

2. Gempa Great Alaska (1964) – 9.2 Magnitud

gempa bumi paling dahsyat

Gempa bumi Great Alaska 1964 yang juga dikenali sebagai gempa Good Friday berlaku pada pukul 5.36 petang waktu tempatan pada Good Friday, 27 Mac di wilayah Prince Willian Sound di Alaska.

Ia berlangsung kira-kira 4.5 minit dan merupakan gempa bumi paling kuat yang direkodkan dalam sejarah AS.

Gempa bumi itu mencetuskan tsunami setinggi 27 kaki (8.2 meter) yang memusnahkan perkampungan Chenega, mengorbankan 23 daripada 68 penduduk.

Mereka yang terselamat daripada bencana tersebut dikatakan telah melarikan diri dari ombak dan mendaki ke kawasan tanah tinggi.

Selain gempa bumi dan tsunami, ia juga menyebabkan tanah runtuh dan menyebabkan pelabuhan bandar Port Valdez runtuh serta mengorbankan 30 orang.

Seramai 139 mangsa dipercayai telah meninggal dunia, 15 akibat gempa bumi, 106 dari tsunami di Alaska dan 5 dari tsunami di Oregon serta 13 dari tsunami di California.

3. Gempa Sumatera (2004) – 9.1 Magnitud

gempa bumi paling dahsyat

 

Gempa bumi Sumatera 2004 atau gempa Lautan Hindi merupakan satu bencana alam yang paling dahsyat dalam sejarah, ia berlaku pada 26 Disember 2004, pukul 12.58 pagi waktu tempatan.

Ia memecahkan panjang sesar terbesar daripada mana-mana gempa bumi yang direkodkan, menjangkau jarak 1.5 kilometer (900 batu).

Susulan berlakunya gempa bumi, tsunami dengan ombak berketinggian sehingga 30 meter (100 kaki) telah menyebabkan sehingga suku juta kematian.

Gempa bumi itu juga mempunyai tempoh paling lama pernah direkodkan iaitu antara 8.3 dan 10 minit.

Tsunami yang melanda itu telah diberi pelbagai nama termasuk tsunami Lautan Hindi 2004, tsunami Asia Selatan, tsunami Indonesia dan juga tsunami Krismas.

4. Gempa Tōhoku (2011) – 9.1 Magnitud

Gambar: NCEI

Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, satu gempa bumi dari dasar laut di Jepun telah berlaku sekitar pukul 2.46 petang waktu tempatan.

Gempa bumi itu mencetuskan tsunami besar dengan ombak setinggi 40.5 meter (133 kaki).

Pukulan ombak besar yang memusnahkan pedalaman sejauh 6 batu (10 kilometer) telah menyebabkan kerosakan teruk di timur laut Jepun.

Selain itu, bencana tsunami itu juga menjejaskan tiga reaktor di kompleks Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi.

Angka kematian akibat bencana tersebut yang telah disahkan ialah 15,894 kematian, 6,152 cedera, dan 2,562 orang hilang diumumkan pada 10 Mac 2015.

5. Gempa Bumi Kamchatka, Rusia (1952) – 9.0 Magnitud

Pada 4 November 1952 kira-kira jam 4.58 petang waktu tempatan, satu gempa bumi besar melanda di pesisir pantai Semenanjung Kamchatka di timur Rusia.

Ia menyebabkan tsunami besar yang merosakkan seluruh Pasifik dengan ombak sehingga 15 meter (50 kaki) dan turut menyebabkan kerosakan besar di Semenanjung Kamchatka dan Kepulauan Kuril, menyebabkan kira-kira 10,000 hingga 15,000 orang terkorban.

Selain itu, Kepulauan Hawaii juga turut musnah namun tidak ada mangsa yang terkorban dalam bencana itu.

Difahamkan, ombak bergerak sejauh Peru, Chile dan New Zealand manakala gelombang tsunami sehingga 1.4 meter (4.6 kaki) diperhatikan di Alaska, Kepulauan Aleutian dan California.

6. Gempa Maule(Chile) (2010) – 8.8 Magnitud

Gambar: SCMP via Geology Science

Gempa Maule 2010 yang juga dikenali sebagai gempa Chile 2010 telah berlaku pesisir pantai di tengah Chile pada hari Sabtu, 27 Februari, pukul 3.34 pagi waktu tempatan, kira-kira tiga kilometer (.9 batu) di pantai komune Pelluhue di Wilayah Maule, Chile.

Gegaran kuat itu berlangsung selama kira-kira tiga minit. Beberapa kawasan pantai di Chile telah musnah akibat tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi.

Tsunami itu juga turut merosakkan pelabuhan di Talcahuano dan bangunan runtuh di beberapa buah bandar termasuk ibu kota, Santiago, yang menyebabkan banyak kematian.

Pihak berkuasa mengumumkan jumlah kematian adalah seramai 525 mangsa manakala 25 orang lagi hilang pada Januari 2011.

7. Gempa Ecuador-Colombia (1906) – 8.8 Magnitud

Gempa bumi Ecuador-Colombia 1906 berlaku pada 31 Januari, jam 3.36 petang waktu tempatan di pesisir pantai Ecuador, berhampiran Esmeraldas, sebuah bandar pantai di barat laut Ecuador.

Gempa tersebut menghasilkan tsunami besar sehingga 5 meter (16 kaki) tinggi yang tela mengorbankan beberapa nyawa.

8. Gempa Pulau Tikus (1965) – 8.7 Magnitud

Gempa bumi Pulau Tikus 1965 berlaku kira-kira 7.00 malam waktu tempatan pada 3 Februari.

Ia mencetuskan tsunami setinggi lebih 10 meter (33 kaki) di Pulau Shenya, Alaska, tetapi kerosakan yang dialami di kawasan itu tidak begitu teruk disebabkan oleh lokasinya yang jauh.

9. Gempa Assam-Tibet (1950) – 8.6 Magnitud

Gambar: Geology Science

Pada 5 Ogos 1950, satu kejadian gempa bumi telah berlaku di sempadan wilayah Xizang-India dan pusat gempa terletak berhampiran Rima di Tibet.

Akibat daripada gempa bumi itu, banyak bangunan telah musnah dan dianggarkan antara 1,500 dan 3,000 orang telah terkorban.

Selepas gempa bumi, kejadian tanah runtuh besar telah menghalang Sungai Subansiri.

Empangan semula jadi ini pecah 8 hari kemudian dan menyebabkan gelombang air setinggi 7 meter (23 kaki) menenggelami beberapa kampung dan mengorbankan 536 mangsa.

Gempa itu juga menyebabkan kira-kira 5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

10. Gempa Sumatera (2012) – 8.6 Magnitud

Gambar: Geology Science

Pada 11 April 2012 jan 3.58 petang waktu tempatan, berlakunya gempa Lautan Hindi berukuran 8.6 magnitud di dasar laut berhampiran bandar Aceh, Indonesia.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran berlakunya tsunami tetapi kemudiannya dibatalkan.

Difahamkan bahawa ini adalah gempa bumi yang luar biasa pernah direkodkan, ia berlaku sangat jauh dari tempat yang didiami dan tidak mencetuskan tsunami.

Bagaimanapun, 10 kematian dan 12 kecederaan telah dilaporkan akibat bencana tersebut yang kebanyakannya adalah disebabkan panik dan serangan jantung.

Sumber: Geology Science

The post Lebih 9 Magnitud, Ini 10 Tragedi Gempa Bumi Paling Dahsyat Pernah Berlaku Dalam Sejarah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*