Lebih Mudah, Ini Cara Nak Buat Sijil Guna Google Form

sijil google form

Lebih Mudah, Ini Cara Nak Buat Sijil Guna Google Form

Siapa yang selalu dapat tugasan seperti menyediakan sijil penyertaan kepada peserta? Jika ya, mungkin ini adalah untuk anda.

Dahulu, kerja ini dikatakan agak leceh kerana kita perlu menukar nama seorang demi seorang, berdasarkan senarai nama yang diberikan sewaktu pendaftaran.

Itu pun, kalau semua tulisan tangan yang terdapat pada senarai nama tersebut masih boleh dibaca dan difahami. Jika anda berhadapan dengan tulisan yang cakar ayam, terpaksa kita bermain teka teki dan ‘main taram’ sahaja ejaan nama peserta tersebut.

Tembak pun kadang-kadang mengena, kadang-kadang tidak juga. Jika tekaan kita salah, sudah jadi satu kerja untuk membetulkan kesilapan ejaan pada sijil tersebut.

Leceh kan? Kan seronok kalau sijil-sijil macam ini boleh ‘auto generated‘ sendiri.

Keluhan anda kini sudah dapat penyelesaiannya. Kaedah ini seiring dengan perubahan arus kemodenan dalam perekodan data.

Melalui penciptaan Google Form, anda tidak perlu mencetak ratusan kertas untuk dijadikan sebagai borang soal selidik, borang pendaftaran kepada peserta.

Selain daripada menjimatkan kertas, anda juga boleh memperoleh analisis data yang terkumpul dalam bentuk ringkasan mahupun graf.

Lebih menyeronokkan, anda boleh ‘auto generate’ sijil daripada respons Google Form secara serta merta. Berdasarkan hantaran Facebook Teacher Collection yang diambil dari Farihah Manaf, ia menunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan sijil berdasarkan respons peserta.

Pertama sekali, anda perlu memasang add-on Certify’em pada Google Form.

sijil google form gform
Kredit: Facebook

Seterusnya, anda perlu mengaktifkan add-on tersebut dalam tetapan Google Form anda.

sijil google form gform
Kredit: Facebook

Anda perlu tetapan ‘passing‘ mengikut kesesuaian. Jika anda ingin membuat sijil untuk kuiz, mungkin passing perlu tinggi mengikut markah lulus atau pun tidak.

sijil google form gform
Kredit: Facebook

Namun, jika anda hanya mahu mencipta sijil bagi sijil pendaftaran ataupun penyertaan, passing tersebut boleh diletakkan pada tahap paling rendah sekali.

Selepas itu, kembali semula pada tetapan Google Form dan tukarkan tetapan Google Form kepada ‘Make this as Quiz’ dan buat tetapan lain mengikut kesesuaian.

sijil
Kredit: Facebook
Diingatkan semula bahawa sijil tersebut akan dihantar menerusi peti masuk mel kita, berdasarkan alamat e-mel yang kita gunakan dalam Google Form.

Untuk melihat cara-caranya secara satu persatu, anda boleh merujuk hantaran Facebook di bawah:

BACA: Wajib Tahu, Ini 15 Tips Untuk “Newbie” Yang Nak Ke Jepun

Sumber: Teacher Collection (Farihah Manaf) via Facebook

The post Lebih Mudah, Ini Cara Nak Buat Sijil Guna Google Form appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*