Ledak Empat Gol, Ronaldo Kini Miliki Lebih 500 Gol Liga

ronaldo ledak 4 gol

Ledak Empat Gol, Ronaldo Kini Miliki Lebih 500 Gol Liga

Cristiano Ronaldo berjaya ledak empat gol ketika Al-Hilal mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Al-Wehda dalam saingan Liga Pro Arab Saudi semalam. Dengan empat gol berkenaan, Ronaldo kini telah menjaringkan lebih 500 gol liga di sepanjang karier gemilangnya.

Gol-gol yang dijaringkan itu juga menjadi hatrik ke-61 untuk kapten skuad kebangsaan Portugal itu. Ronaldo menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama sebelum gol hatriknya tiba lapan minit selepas separuh masa kedua bermula. Beliau kemudian menjaringkan gol keempatnya pada minit ke-61 perlawanan.

“Saya rasa sangat gembira dengan semua gol yang dijaringkan hari ini.

“Tetapi apa yang buat saya rasa lebih gembira adalah saya mampu membantu rakan sepasukan memenangi perlawanan ini,” kata Ronaldo dalam temubual selepas perlawanan.

Ronaldo ledak 4 gol & sejarah kelabnya

Ronaldo yang kini berusia 38 tahun sudah menjaringkan 503 gol liga dalam lima liga bola sepak, termasuk empat di Eropah. Sebelum beraksi di Arab Saudi, Ronaldo memulakan karier di Liga Portugal bersama Sporting CP. Beliau kemudian berpindah ke Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United.

Pada 2009, Ronaldo berhijrah ke La Liga dan mencipta pelbagai kemasyhuran bersama Real Madrid sebelum mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak bersama Juventus. Beliau memenangi beberapa trofi sepanjang 3 tahun beraksi di Serie A.

Ronaldo sekali lagi berhijrah, kali ini kembali semula ke EPL bersama Manchester United. Namun, atas beberapa situasi yang dilihat tidak memihak kepadanya, pemenang lima Ballon d’Or itu nekad berpindah ke Asia. Bersama Al-Nassr, Ronaldo menandatangani kontrak lumayan yang menjadikan beliau sebagai pemain bola sepak termahal di dunia.

Difahamkan, kontrak yang ditandatangani beliau bernilai lebih RM 1.85 bilion. Jumlah berkenaan dipercayai termasuk bayaran RM 928 juta untuk membantu mempromosi Arab Saudi dalam usaha negara itu membida hak selaku tuan rumah Piala Dunia.

Rekod jaringan di semua kelab

Beliau memiliki rekod tiga jaringan bersama Sporting CP, 103 gol bersama Manchester United, 311 gol bersama Real Madrid dan 81 gol bersama Juventus. Manakala bersama Al-Nassr, beliau sudahpun menjaringkan lima gol setakat ini.

Selain itu, Ronaldo juga memegang rekod penjaring terbanyak dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dengan 141 gol. Bagaimanapun, dengan ketiadaannya untuk beberapa tahun akan datang di saingan teragung peringkat kelab Eropah itu, rekod berkenaan mungkin akan dipecahkan tidak lama lagi. Ini selepas pesaing terdekatnya, Lionel Messi yang memiliki 125 gol UCL masih aktif merumput di bumi Eropah, bersama gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain.

Messi juga dalam mood terbaik dan bermotivasi tinggi selepas mengetuai negaranya menjulang trofi Piala Dunia tahun lepas. Dengan kejayaan bersama Argentina tersebut, Messi kini sudah melengkapkan semua trofi utama yang boleh dimenanginya sebagai pemain bola sepak.

BACA: Al-Nassr Bukan Penamat, Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah – Rudi Garcia

Sumber: Goal & AFP 

The post Ledak Empat Gol, Ronaldo Kini Miliki Lebih 500 Gol Liga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*