Lee Chong Wei Selar Kenyataan Rasis Bekas Pemain Badminton Pelapis Negara

kenyataan rasis bekas pemain badminton

Lee Chong Wei Selar Kenyataan Rasis Bekas Pemain Badminton Pelapis Negara

Legenda perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menyelar tindakan bekas pemain badminton pelapis negara yang membuat kenyataan berbaur perkauman dengan menyatakan dia sebagai ‘sebiji epal busuk’.

Dalam satu hantaran di Facebook, Chong Wei berkata individu tidak patut menyentuh mengenai isu sensitiviti agama dengan mengeluarkan kenyataan perkauman hanya kerana mahu menjadi terkenal.

“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman. Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan,” memetik hantaran Facebook beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu, Chong Wei dilihat mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kerana peka dengan isu yang tular itu.

“Terima kasih kepada Yang Berhomat (YB) atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” ujarnya.

BACA: Video Bekas Atlet: Saya Tak Setuju, Kecam Sekeras-kerasnya Walau Dah Minta Maaf – Hannah Yeoh

Hannah kecam individu keluar kenyataan rasis

Sebelum ini, Hannah memberi respons terhadap perkara itu dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu terbabit yang mengeluarkan kenyataan rasis.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” katanya di Twitter.

Dalam pada itu, Hannah berkata beliau sudah menyemak dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM, walau bagaimanapun individu tersebut hanya pelapis percubaan pada tahun 2014.

Hannah sekali lagi menegaskan mengenai pendiriannya bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Saya sudah semak dengan @MSNMALAYSIA dan @BA_Malaysia, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia,” tambahnya.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Kenyataan rasis bekas pemain badminton

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang bekas atlet yang membuat beberapa dakwaan yang dipercayai berunsur perkauman.

Menerusi platform TikTok, individu itu berkata mengenai prestasi pemain badminton negara merundum adalah disebabkan berkait dengan masalah pengurusan.

Individu tersebut turut mendakwa beberapa kenyataan yang disyaki turut menyentuh elemen perkauman dan sensitiviti agama.

Sumber: Lee Chong Wei via Facebook

The post Lee Chong Wei Selar Kenyataan Rasis Bekas Pemain Badminton Pelapis Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*