Lelaki Azerbaijan Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye Dihadiahkan Kereta Baharu

lelaki azerbaijan bantu mangsa gempa bumi

Lelaki Azerbaijan Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye Dihadiahkan Kereta Baharu

Seorang ahli perniagaan Turkiye menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada seorang lelaki warga Azerbajian ekoran keikhlasan hatinya membantu mangsa gempa di Turkiye baru-baru ini.

Sebelum ini, Sarvar Bashirli 33 tahun dikatakan hanya memandu kereta usang (model 1981) dengan bendera Turkiye pada bahagian atas kenderaan yang sarat dengan bantuan untuk mangsa yang terjejas akibat gempa bumi.

Bashirli yang tinggal di bandar Ceylanbatan di utara Baku dikatakan telah mengemas semua barang miliknya untuk didermakan kepada pusat khas yang ditubuhkan untuk pengumpulan bantuan.

Lelaki Azerbaijan Bantu Mangsa Turkiye
Kredit: Starup Pakistan

“Kami sedar bagaimana rasanya menjadi gelandangan semasa musim sejuk. Kami mengemas peralatan tempat tidur dan pakaian sebanyak mungkin. Setelah menerima sumbangan pakaian yang mencukupi kami mungkin boleh memberikan bantuan makanan.

“Kami duduk bersama-sama dengan sepupu saya pada hari gempa bumi di Turkiye dan memutuskan untuk membantu negara ‘saudara’ untuk menyokongnya,” kata Bashirli.

Tambahnya lagi, keadaan ekonomi mereka terlalu teruk kerana mereka dipisahkan secara paksa dari tanah air mereka di wilayah Karabakh di Azerbaijan.

Pada keesokannya, Bashirli mengatakan bahawa mereka telah menemui saudara-maranya (asalnya pelarian Lachin) di wilayah Azerbaijan yang berada di bawah pendudukan haram Armenia selama hampir tiga dekad.

“Ada barang yang kami kumpul daripada keluarga bapa saudara saya. Nenek saya juga memberikan bantuan. Selain itu, ada jiran yang membawa barangan untuk menyara rakyat Turkiye,” jelasnya.

Lelaki Azerbaijan Bantu Mangsa Turkiye
Kredit: Anadolu Agency

Memetik Anadolu Agency, gambarnya telah menjadi tular selepas imej keretanya diambil secara rawak oleh orang yang lalu-lalang dan dimuat naik di media sosial.

Jelas sekali, gambar tersebut telah menarik perhatian jutaan netizen, tidak lupa juga ada yang memuji dan menghargai jasanya.

“Kami menganggapnya sebagai satu kewajipan, kami menyokong rakyat Turkiye. Kami (Azerbaijan dan Türkiye) adalah dua negeri tetapi satu negara. Kami melakukan apa yang perlu dilakukan dan akan terus berbuat demikian.

“Ini adalah bencana alam. Ia adalah kejadian yang tidak dapat dielakkan. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada orang ramai. Takziah saya sampaikan kepada negara Turkiye,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Bashirli menegaskan bahawa mereka akan terus mengumpulkan bantuan dan menghantarnya ke pusat pengumpulan sebanyak yang mungkin.

“Kami meneruskan bantuan sehingga sekarang. Hari ini, kami menghantar beberapa barang makanan ke pusat pengumpulan barang,” katanya.

Tidak ketinggalan, Bashirli mengucapkan terima kasih kepada semua warga di seluruh dunia yang menyertai kempen sukarelawan untuk membanti mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Mereka menyumbang lebih banyak daripada kami,” katanya.

 

Sumber: Anadolu Agency

The post Lelaki Azerbaijan Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye Dihadiahkan Kereta Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*