Lelaki Bongkar Simpan Wang Lebih RM30k Di Rumah, Terpaksa Minta Tolong Jiran Kirakan

Simpan wang di rumah

Lelaki Bongkar Simpan Wang Lebih RM30k Di Rumah, Terpaksa Minta Tolong Jiran Kirakan

Penduduk Serang, Banten dikejutkan dengan pengakuan seorang lelaki bernama Sarneli, 75, yang menyimpan lebih Rp 100 juta (kira-kira RM30,177) di dalam biliknya.

Memetik Kompas.com, Sarneli hanya menyimpan wang itu di dalam bilik kecilnya di kawasan kejiranan Karundang Lor, Desa Karudang Kecamatan, Indonesia.

Sarneli dilaporkan menyimpan wang kertas Rp 1,000 hingga Rp 100,000 di bawah katil, baldi cat, plastik dan tin biskut.

Menurut Sarneli, sepanjang 10 tahun dia menyimpan wang tersebut, dia sama sekali tidak pernah mengunci pintu rumahnya.

Malah ahli keluarganya juga tidak menyangka bahawa Sarneli mempunyai wang simpanan sebanyak itu.

Menerusi kenyataan Sarneli lagi, wang itu datang daripada hasil jualan itik, bantuan kerajaan dan sumbangan masyarakat.

Hasil simpanan ratusan juta rupiah itu hanya diketahui ahli keluarganya selepas Sarneli memberitahu adiknya pada Selasa lalu.

“Malam tadi, Mang Neli (Sarneli) memberitahu saudaranya bahawa wang itu berada di bawah katil, dalam baldi. Akhirnya mereka ambil dan dikira bersama penduduk,” kata Ola Sahala, anak saudara Sarneli.

Ola berkata, ketika diperiksa oleh keluarganya dengan bantuan penduduk setempat, wang kertas bernilai lebih Rp7 juta ditemui dalam keadaan sudah rosak.

Kemudian wang tunai berjumlah Rp 18 juta ditemui dalam keadaan masih elok. Wang itu hasil daripada pecahan wang antara Rp1,000 hingga Rp 20,000.

Semalaman kira hasil wang simpanan

Penduduk membantu menyusun dan mengira wang tersebut dari pukul 19.30 WIB hingga 01.00 WIB. Ketika menyusunnya, mereka berjaya menjumpai sejumlah wang kertas yang dibuat pada 1997.

“Ada juga Rp 50,000, Rp 100,000. Duit lama pun ada, duit baru pun ada,” kata Ola.

Pada Rabu hari seterusnya, Ola sekeluarga serta dibantu penduduk telah bertindak membersihkan bilik Sarneli yang sudah berselerak.

Sewaktu pembersihan tersebut, keluarga dan penduduk sekali lagi terkejut apabila menemui lebih banyak wang yang tersimpan.

“Sekali lagi dibongkar, ada lagi wang dalam plastik. Lebih banyak lagi ditemui. Sebanyak 20 plastik berisi duit ditemui,” tambah Ola lagi.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Apabila dihitung dan diasingkan, jumlah wang kertas yang masih elok dianggarkan berjumlah Rp104 juta, manakala wang kertas yang rosak berjumlah Rp10 juta.

Menurut Ola, dia pelik dan hairan kerana Sarneli berani menyimpan wang sebanyak itu di rumahnya dalam keadaan pintu rumah yang tidak pernah berkunci.

“Saya dan abang sayan tidak menyangka yang dia mempunyai banyak wang. Ia disimpan di dalam biliknya,” kata Ola.

Sumber: Kompas.com

The post Lelaki Bongkar Simpan Wang Lebih RM30k Di Rumah, Terpaksa Minta Tolong Jiran Kirakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*