Lelaki Cuak Naik Lif ‘Asal Boleh’, Keluar Tangan Menggeletar

lif asal boleh

Lelaki Cuak Naik Lif ‘Asal Boleh’, Keluar Tangan Menggeletar

Kebanyakan bangunan tinggi pada hari ini dilengkapi dengan kemudahan lif. Di Malaysia, biasanya bangunan yang mempunyai ketinggian lima tingkat dan ke atas akan dilengkapi dengan kemudahan tersebut.

Lif atau elevator dilihat sebagai satu kemudahan yang sangat penting pada bangunan-bangunan tinggi. Tujuan utamanya sudah tentu, memudahkan orang ramai bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain.

Sebagai contoh, memudahkan golongan warga emas dan individu yang memerlukan sokongan ketika berjalan, seperti tongkat untuk bergerak. Lif juga sangat penting bagi golongan berkerusi roda dan kehadiran lif juga akan menjadikan sesuatu bangunan itu layak digelar sebagai mesra OKU.

Selain itu, lif juga biasa digunakan sebagai alat pengangkutan logistik, untuk menggerakkan barang perniagaan dari tingkat ke tingkat. Biasanya, lif untuk tujuan logistik ini diasingkan dengan lif untuk tujuan pengangkutan orang awam. Begitu juga dengan lif bomba.

Maka, jelaslah signifikan keperluan lif dalam memudahkan pergerakan manusia dalam kehidupan seharian. Namun, ada sebuah lif yang berada luar negara, mampu membuatkan tangan anda menggeletar selepas menaikinya.

Lif ‘asal boleh’ yang memiliki banyak kejutan

Secara umumnya, kita gemarkan kejutan seperti plot twist dalam filem, gosip panas mahupun hadiah dari rakan-rakan dan insan tersayang, kan? Namun begitu, lif ini mungkin tidak menawarkan kejutan yang kita gemari.

Berdasarkan sebuah video yang berdurasi 18 saat yang tular di media sosial, ia menampilkan pengalaman seorang lelaki yang menaiki lif ‘yang sangat menakjubkan’ atau boleh dibilang sebagai lif ‘asal boleh’.

Video yang menggunakan format Snapchat tersebut disertakan dengan kapsyen ”Ya Tuhan, sumpah rasa macam nak mati”.

Jika kita menaiki lif yang normal, lif yang kita naiki biasanya akan memiliki struktur dinding besi dan anda tidak akan melihat apa yang berada di luar ketika lif bergerak.

Namun, lif ini langsung tidak memiliki dinding dan anda mampu melihat bahagian luar seperti tembok batu-bata jelas di depan mata ketika lif bergerak.

Tidak cukup dengan rupa ‘asal boleh’, papan lapis pula entah datang dari mana

Ketika menaiki lif ke tingkat atas, sekeping papan lapis tiba-tiba datang dari celah-celah ruangan bangunan. Memandangkan lif tersebut tidak memiliki dinding, papan lapis tersebut telah terjatuh ke lantai lif.

Saat paling mendebarkan apabila papan lapis tadi tersangkut pada struktur bangunan dan ‘melantun’ secara tiba-tiba.

Berdasarkan saiz papan tersebut yang kelihatan agak panjang, ia boleh melibas pemuda berkenaan jika dia berdiri berdekatan dengan ruang pintu lif tersebut.

Walaupun terlalu banyak ‘perkara’ yang berlaku di sepanjang perjalanannya, namum pemuda itu dilihat berjaya tiba di destinasi yang hendak dituju dengan selamat.

Dia turut menunjukkan keadaan tangannya yang menggigil selepas perjalanan lif yang cukup ‘epik’ sebentar tadi.

Jika anda ternampak lif tersebut, apa yang anda lakukan? Adakah anda berani untuk menggunakan lif tersebut atau memilih pilihan yang lebih sihat, iaitu menaiki tangga?

@h0rrort0k

#scary #creepy #horror #elevator #fyp

♬ оригинальный звук – ✨

BACA: Cucu Mithali Ajar Nenek Guna Smart TV Macam Dekat Sekolah

Sumber: HorrorTok via TikTok

The post Lelaki Cuak Naik Lif ‘Asal Boleh’, Keluar Tangan Menggeletar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*