Lelaki Curi Kambing Dakwa Cuma Nak Curi Tali, Tak Tahu Kambing Ikut Sekali

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang memaparkan seorang lelaki didakwa mencuri seekor kambing ditangkap oleh pihak polis.

Menerusi video yang tular di Twitter dan Instagram, lelaki tersebut dilihat telah digari dan berada di dalam sebuah kereta polis.

Semasa disoal siasat oleh polis, lelaki tersebut memberikan jawapan yang tidak masuk akal dan melucukan, lapor Tribun Medan.

Menurutnya, dia pada mulanya hanya mahu mengambil tali yang diikat pada kambing dan tidak berniat untuk mencuri haiwan itu.

Tetapi setelah tali sepanjang tiga meter itu ditarik, rupa-rupanya ada seekor kambing yang diikat padanya.

“Saya baru sahaja nak mencuri tali itu tuan (polis) tetapi seekor kambing terikat padanya,” katanya.

“Itu namanya mencuri kambing,” jerit seorang polis.

Bagaimanapun, lelaki itu meneruskan ‘hujahnya’ dan berkata bahawa dia tidak berasa seperti mencuri kambing tetapi hanya mencuri tali.

“Saya tidak tahu ada kambing di hujungnya,” dakwanya.

Memetik laporan Tribun Medan, lelaki itu tetap dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Pun begitu, maklumat lanjut mengenai bagaimana lelaki itu ditangkap dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.

BACA: Sudah 10 tahun Kahwin, Ashanty Kata Anang Minta Hubungan Intim Setiap hari..?

Sumber: Tribun Medan

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*