Lelaki curi seluar dalam wanita untuk ritual ilmu pengasih ditangkap

GUNUNGKIDUL – Seorang lelaki yang mencuri seluar dalam wanita untuk tujuan ritual ilmu pengasih berjaya ditangkap di Padukuhan Kropak, Kelurahan Candirejo, Kapanewon Semanu, lapor portal berita Radar Jogja semalam.

Seorang pegawai polis, Inspektor Mahmed Ali Bahonar berkata, kejadian berlaku ketika seorang suami mendengar bunyi tapak kaki di luar rumahnya pagi kelmarin dan keluar untuk menjejakinya.

“Suami si mangsa (wanita) mendapati pelaku menghendap masuk ke pekarangan rumah mangsa. (Dia) menuju ke tempat jemuran pakaian,” katanya ketika dihubungi portal berita tersebut.

Pencuri itu kemudian mengambil seluar dalam wanita tersebut menyebabkan dia dikejar oleh si suami sehingga akhirnya berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis, kata Mahmed.

Selepas ditangkap, dia kemudian mengaku mencuri seluar dalam tersebut untuk tujuan ritual ilmu pengasih.

Mahmed berkata, pendekatan kesepakatan penyelesaian bersama antara pencuri dengan pemilik seluar dalam itu dilakukan kerana nilai kerugian itu hanya melibatkan jumlah yang kecil.

– Agensi

Baca: Kepala khinzir diletakkan di atas bumbung masjid

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*