Lelaki dakwa pernah berkahwin dengan 53 wanita untuk cari ketenangan

Seorang lelaki Arab Saudi berusia 63 tahun mendakwa, dia sudah berkahwin 53 kali semata-mata untuk mencari kestabilan dan ketenangan fikiran, bukan kerana kepuasan peribadi.

Dalam tembual bersama dengan stesen televisyen MBC, Abu Abdullah berkata dia kini berkahwin dengan seorang wanita dan tidak merancang untuk berkahwin semula.

“Ketika pertama kali berkahwin, saya tidak bercadang untuk berkahwin lebih daripada seorang kerana berasa selesa dan mempunyai anak.

“Tetapi selepas beberapa ketika, masalah mula timbul dan saya memutuskan untuk berkahwin lagi ketika berusia 23 tahun. Saya maklumkan hasrat itu kepada isteri,” katanya.

Katanya, masalah lain pula tercetus di antara isteri pertama dan kedua, menyebabkan dia berkahwin untuk kali ketiga dan keempat. Tidak beberapa lama selepas itu, dia menceraikan pula isteri pertama, kedua dan ketiga.

Jelas Abu, dia berbuat demikian kerana mahu mencari wanita yang boleh membahagiakan dia di samping cuba berlaku adil kepada semua isterinya.

“Saya berkahwin dengan 53 wanita dalam tempoh yang lama. Yang pertama ketika saya berusia 20 tahun dan dia enam tahun lebih tua daripada saya,” katanya.

Menurutnya, tempoh perkahwinan yang paling singkat adalah satu malam.

“Setiap lelaki di dunia ini ingin mempunyai seorang wanita dan kekal bersama selama-lamanya. Kestabilan bukan untuk wanita muda, tetapi dengan wanita tua.

“Kebanyakan perkahwinan saya adalah dengan wanita Saudi. Saya juga pernah berkahwin dengan wanita warga asing semasa lawatan perniagaan di luar negara. Saya pernah tinggal di luar negara selama tiga hingga empat bulan, jadi saya berkahwin untuk melindungi diri daripada maksiat,” katanya.

Dalam Islam, seorang lelaki hanya dibenarkan berkahwin sehingga empat isteri dalam satu masa. Jika seorang lelaki tidak boleh berlaku adil terhadap semua isterinya, maka dia mesti berkahwin dengan seorang wanita sahaja.

BACA: Wanita cipta rekod dunia peluk 3,164 orang dalam masa 24 jam

Sumber: Gulf News

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*