Lelaki Dikecam Sebab Buat Video Tips Untuk ‘Detect’ Wanita ‘Terpakai’

Video yang menunjukkan seorang lelaki memberi kenyataan tentang wanita ‘terpakai’ telah mengundang kritikan warganet di Twitter.

Rakaman tersebut sebelumnya telah dimuat naik oleh lelaki bernama Aliff itu di akaun TikTok dan telah ditularkan semula di aplikasi Twitter.

Menerusi video itu, Aliff memberikan tips bagaimana untuk detect wanita yang telah ‘dipakai’ oleh ramai lelaki dan jelasnya ia boleh dikesan hanya dengan cara mereka membuka ‘supercar’.

Kalau dia boleh bukak pintu supercar kau tanpa tanya, maknanya dia dah pernah keluar dengan ramai lelaki yang kaya kaya tetapi semua lelaki kaya tu taknak kan dia.”

Kenyataan Aliff itu telah menerima kritikan hebat daripada netizen di Twitter di mana sesetengah daripada mereka memerlinya kerana sering membuat content membabitkan perempuan.

Ada yang berkata dia pernah ‘disakiti’ oleh wanita sampai sanggup habiskan masa merakam video ‘mengarut’ sebegitu. Malah ada yang mahu ‘selamatkan’ teman wanitanya sekarang daripada lelaki seperti Aliff.

Tolong la nak sangat tahu siapa gf dia. Aku nak selamatkan gf dia.”

BACA: “Kau Cuit Apa B*ngsat?” – Tular Video Perubatan Islam Sentuh Badan Wanita Tanpa Lapik, Netizen Dakwa Ia Gangguan Seksual?

SUMBER : Twitter

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*