Lelaki Ditahan, Bagi Hadiah Kahwin Bahan Letupan Buat Bekas Kekasih

hadiah kahwin bahan letupan

Lelaki Ditahan, Bagi Hadiah Kahwin Bahan Letupan Buat Bekas Kekasih

Seorang lelaki di India ditahan selepas menyebabkan kematian bekas kekasih dan suaminya dengan menghadiahkan bahan letupan di dalam sistem home theater (hiburan rumah) pada Selasa.

Lapor Times Of India, insiden menyayat hati itu berlaku di daerah Kabirdham di Chhattisgarh dan telah meragut nyawa pengantin lelaki Hemendra Maravi dan abangnya, Rajkumar.

Difahamkan, mereka berdua memasang sistem tersebut tanpa menyedari bahawa ia adalah alat letupan buatan (IED).

Tujuh daripada ahli keluarga yang lain termasuk seorang kanak-kanak turut tercedera.

Suspek dikenal pasti sebagai S (bukan nama sebenar), 33, yang sudah berkahwin dan kini mempunyai dua orang anak dan ditahan di daerah Balaghat, menurut polis.

Polis berkata, suspek sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan pengantin perempuan yang berusia 29 tahun itu.

Dia kemudiannya berkeras mahu menjadikannya sebagai isteri kedua.

Walau bagaimanapun, keluarga pengantin perempuan itu telah mengaturkan perkahwinannya dengan Maravi, 30, yang tidak tahu menahu mengenai sejarah mereka berdua.

Berang dengan tindakan itu, suspek memutuskan untuk membalas dendam dengan membeli bahan letupan dari kedai elektronik dan menghadiahkannya kepada pengantin perempuan.

Polis memaklumkan suspek pernah bekerja di jabatan letupan di kilang yang terletak di Indore.

Disebabkan itu, suspek mahir dalam menghasilkan bahan letupan sendiri kerana mempunyai pengetahuan berhubung perkara itu.

BACA: Bapa Didakwa Bunuh Bayi Lelaki Berusia Enam Bulan

Hantar hadiah kepada pengantin

Semasa perkahwinan berlangsung, suspek memberi hadiah tersebut kepada ahli keluarga mangsa.

Suspek memberikannya secara senyap-senyap kerana tidak mahu diketahui mereka.

Selepas tiga hari, keluarga pengantin membuka hadiah itu dengan teruja walaupun bungkusan itu tidak mempunyai nama atau alamat pemberi.

Bagaimanapun malangnya ia meletup sebaik sahaja mereka memasang sistem tersebut.

Pengantin lelaki terbunuh di tempat kejadian manakala abangnya meninggal dunia di hospital.

Letupan itu sangat kuat sehingga impaknya menerbangkan siling rumah dan meruntuhkan dinding bilik.

Kes yang sama berlaku

Kejadian yang sama turut berlaku pada Januari 2018,  di mana seorang pekerja pos yang dipecat membungkus bom radio yang membunuh sasaran yang tidak diingini di Sagar.

Kemudian, dalam kes yang lain, bekas pengetua kolej ditangkap kerana menghantar bungkusan yang membunuh seorang pengantin lelaki dan neneknya di Patnagarh Odisha.

Sumber: Times Of India

The post Lelaki Ditahan, Bagi Hadiah Kahwin Bahan Letupan Buat Bekas Kekasih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*