Lelaki Ditahan Pukul, Ugut Bunuh Ibu

polis tahan lelaki pukul ibu

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun  kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari semalam, suspek telah pergi ke kedai ibunya di Taman Perindustrian Puchong Utama dan memarahi serta memukul muka ibunya menggunakan sekeping fail kemudian mengugut mahu membunuhnya.

Beliau berkata bertindak atas laporan polis yang dibuat ibunya yang berusia 58 tahun, polis telah menahan suspek pada 11.30 malam pada hari yang sama.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 15 rekod jenayah lampau.

Suspek kini direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Ditahan Pukul, Ugut Bunuh Ibu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*