Lelaki ganti teman wanita semasa persidangan online

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang lelaki yang sanggup memakai tudung demi menggantikan teman wanitanya yang tidak dapat menghadiri pertemuan secara onlie, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @storywatsaap.

Lelaki itu dilihat memakai sehelai tudung, bercermin mata dan mengenakan pelitup muka ketika menyertai pertemuan di aplikasi Zoom.

Dia menggantikan teman wanitanya supaya kehadiran gadis itu direkodkan.

“Digantikan oleh ayang di Zoom,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen dalam ruangan komen.

“Saya sangka Yanti ternyata Yanto,” kata seorang netizen.

“Yang penting jangan bersuara,” komen netizen lain. – Agensi

BACA: Pasangan kekasih disambar petir ketika berdua-duaan di dalam khemah

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*