Lelaki Halang Laluan, Keluar Kata-Kata Lucah Ditahan 

Lelaki Kata-Kata Lucah Ditahan

Lelaki Halang Laluan, Keluar Kata-Kata Lucah Ditahan 

PORT DICKSON — Seorang lelaki yang menghalang laluan keluar kenderaan seorang wanita dan mengeluarkan kata-kata lucah dilaporkan telah ditahan pihak polis hari ini.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah bangunan di Bandar Springhill, Port Dickson kira-kira pada jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima satu laporan oleh seorang wanita berhubung kes berkenaan.

Tambah Aidi, satu rakaman video berdurasi 34 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter. Ia telah dikesan sekitar jam 9.22 pagi tadi.

“Dalam video berkenaan memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar dari tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

“Susulan itu, polis Port Dickson telah melaksanakan tangkapan ke atas seorang lelaki bersabit kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Serang Imam Tengah Solat Subuh, Lelaki Kurang Siuman Ditahan

Hasil saringan awal urin terhadap suspek adalah negatif.  Tambahan lagi, semakan jenayah turut mendapati suspek yang berusia 38 tahun tiada rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat di bawah disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihak beliau menasihatkan orang awam agar tidak mencetuskan kegusaran awan dengan menularkan video tersebut. Lebih-lebih lagi dengan memberikan komen-komen yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

11 Lelaki Ditahan Terlibat Pergaduhan 

Terdahulu, seramai 11 lelaki telah ditahan oleh pihak polis susulan terlibat dalam pergaduhan di sebuah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, 11 individu yang ditahan berumur lingkungan 17 hingga 62 tahun.

Difahamkan, kejadian itu membabitkan seorang penghantar makanan dan beberapa individu lain. Video satu minit tiga saat berdurasi berkenaan tular di platform Twitter.

Kesemua yang ditahan disiasat di bawah  Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

BACA JUGA: Gerun Tengok, Tular Penampakan Ular Gergasi 

Sumber: Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson

The post Lelaki Halang Laluan, Keluar Kata-Kata Lucah Ditahan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*