Lelaki Kasari Pemandu Wanita Direman Tiga Hari

Lelaki kasari pemandu wanita

Lelaki Kasari Pemandu Wanita Direman Tiga Hari

IPOH, 7 Jun (Bernama) — Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini dipercayai kerana mengasari seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah.

Video insiden itu berdurasi 59 saat turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata perintah reman dikeluarkan ke atas suspek berusia 29 tahun itu yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor.

Baca: Patutlah Ramai Nak Pergi, Majlis Raya Ni Siap Ada Konsert Artis Terkenal & ‘Game Xploria’

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah di bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, lelaki tersebut ditahan di sekitar Serdang dan dibawa ke Balai Polis Tapah untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Kasari Pemandu Wanita Direman Tiga Hari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*