Lelaki keras pun pandai mengandam pengantin

Bidang andaman pengantin yang sinonim di­kendalikan kaum wanita tidak menghalang seorang pemuda un­tuk turut sama menceburi bidang tersebut.

Emy Mohd. Zin Lai, 37, berkata, dia kini menggalas tanggungjawab besar bersama isterinya Norliyana Mahmud, 36, selepas mengambil alih perniagaan keluarganya itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, tidak dinafikan pada awalnya dia agak malu kerana rata-rata masyarakat mempunyai pemikiran bagi kaum lelaki yang menyertai bidang itu pasti dilabel sebagai ‘lembut’.

“Dahulu memang malu sebab ramai kata lelaki yang sertai bidang ini sebagai lembut, nyah dan sebagainya, namun itu bukan saya. Bahkan semua pekerja saya terutama yang lelaki, saya tidak akan ambil pekerja ‘lembut’.

“Bagi jurumekap pun memang kami tetapkan tidak akan mengambil lelaki dan hanya mak andam wanita sahaja yang menyolekkan pengantin kami. Ia supaya kami dapat membuang pemikiran masyarakat hanya lelaki lembut sahaja yang mampu melakukan bidang ini.

“Apa yang penting servis yang diberikan kepada pelanggan. Alhamdulillah kami mempunyai pelanggan tetap yang sentiasa menyokong bisnes ini,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

BACA: Viral video lelaki kahwini dua sepupu serentak

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*