Lelaki menangis dalam video viral, tampil beri penjelasan

Tular di media sosial semalam, video menunjukkan seorang lelaki muda berjalan kaki seorang diri di waktu malam sambil menangis, mengundang persoalan ramai yang ingin tahu apa sebenarnya telah berlaku.

Pada awalnya, sumber memaklumkan lelaki itu tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah dikhianati oleh tunangnya yang tergamak meninggalkan dia semata-mata untuk bersama lelaki lain.

Hal itu membuatkan ramai yang bersimpati dengan nasibnya dan menasihatkan lelaki berkenaan untuk terus tabah menghadapi dugaan itu. Tidak kurang juga, ada netizen melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap tunangnya.

Memandangkan orang ramai masih kurang jelas dengan apa yang berlaku sehingga timbul beberapa dakwaan yang tidak berasas, seorang TikToker yang dikenali sebagai Amsyar, mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pemuda berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Berkenaan video viral semalam, Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Kedua-dua belah pihak sudah pun berbincang dengan baik dan pihak perempuan itu pun sudah kembali.

“Cuma saya berharap, mana-mana TikTokers yang menyebarkan video saya itu turut menyiarkan penjelasan yang saya buat ini supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya dan pihak tunang.

“Saya juga berharap mereka memadamkan video itu, kerana ia melibatkan aib keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

Lelaki itu juga mengakui, dia terlalu tertekan sehingga nekad melakukan perkara di luar kawalannya. Tetapi mujur didatangi oleh sekumpulan lelaki yang kebetulan lalu di jalan berkenaan dan membantu menenangkan dia.

“Sejujurnya dugaan bertunang itu memang kuat dan sakit. Apa yang berlaku semalam adalah di luar kawalan saya. Tambahan saya ketika itu sangat beremosi dan memang terfikir nak pergi ke sana untuk membawa dia balik. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian.

“Tidak wajar juga untuk saya menyalahkan dia semata-mata, mungkin salah saya juga yang terlalu mengongkong dia,” ujarnya.

@

♬ –

Sementara itu, netizen juga meluahkan rasa lega masalah itu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik. Netizen mendoakan lelaki berkenaan terus bertahan dan tidak mudah berputus asa dalam usaha menghalalkan hubungannya itu.

 

BACA: Remaja perempuan dakwa dirogol dua lelaki di dalam kereta

Sumber: TikToker Amsyar

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*