Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

mengaku bersalah rogol anak tiri

Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu

Seorang lelaki mengaku bersalah atas 32 pertuduhan iaitu merogol, melakukan amang seksual fizikal dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Difahamkan, tertuduh (36) didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berkerja sebagai pengajar kelas renang itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Darmafikri Abu Adam.

Susulan itu, pihak mahkamah telah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh jatuh hukum, sementara menunggu fakta lengkap hukuman.

Berdasarkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, pesalah bakal menerima hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.

Selain itu, lelaki itu turut didakwa atas lapan pertuduhan di bawah Seksyen 377CA kanun sama atas pertuduhan melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika disabitkan bersalah.

Manakala, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017  bagi 12 pertuduhan lain.

Berdasarkan kesalahan ini, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu dengan cara memegang anggota sulitnya dengan sengaja bagi tujuan seksual.

Dia turut didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Lelaki mengaku bersalah kerana rogol anak tiri sejak 2020

Memetik Astro Awani, semua kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu.

Kesalahan tersebt dilakukan ketika anak tirinya berusia 13 tahun di rumah mereka di Taman Maju, Jasin.

Sebelum ini, pendakwaan yang dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan N. Sivashangari tidak mencadangkan sebarang jaminan dan memohon tarikh hukuman lain sementara menunggu fakta lengkap hukuman.

Untuk makluman, tertuduh tersebut tidak diwakili peguam dan hanya mendiamkan diri ketika prosiding dijalankan.

Dia turut tidak membuat sebarang rayuan selepas semua dakwaan dalam 16 pertuduhan bagi setiap prosiding dibacakan terhadapnya.

Kemudian, Hakim Mohd Sabri dan Darmafikri menerima permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 15 Mei ini sebagai tarikh jatuh hukum.

Mangsa dilaporkan hilang selama 18 hari sebelum ini

Sebelum ini, Astro melaporkan penahanan bapa tiri berserta ibu kandung mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun sejurus tiba dari Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2).

Kedua-dua individu tersebut dipercayai terlibat dalam kejadian rogol anak perempuan mereka berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

Perbuatan suspek yang dipercayai turut diketahui ibu kandung mangsa. Perkara ini terbongkar apabila mangsa yang sebelum ini didapati melarikan diri selama 18 hari, memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Wala bagaimanapun, ibu kandung mangsa yang juga penjual nasi lemak dibebaskan dengan diikat jamin dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.

BACA: Bersuamikan Anak Patung, Wanita Dakwa Sedang Hamil ‘Anak’ Kedua

Sumber: Astro Awani

The post Lelaki Mengaku Bersalah 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak Tiri Sejak Tiga Tahun Lalu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*