Lelaki Menjerit Histeria, Empat Ekor Anjing Kesayangan Hilang Ketika Transit Di Istanbul

Empat Ekor Anjing Kesayangan Hilang

Lelaki Menjerit Histeria, Empat Ekor Anjing Kesayangan Hilang Ketika Transit Di Istanbul

Tular video seorang lelaki menjerit-jerit seperti terkena histeria selepas syarikat penerbangan dipercayai telah menghilangkan anjing peliharaannya, lapor eBaum’s World.

Berdasarkan video yang tular tersebut, dapat didengar lelaki itu berteriak mengatakan anjing tersebut adalah hidupnya dan juga anak-anaknya.

“Mereka adalah hidup saya! Anak-anak saya,” beritahu lelaki itu dan kemudiannya terbaring di atas lantai.

Lelaki tersebut telah menjerit bertanyakan pekerja syarikat penerbangan dimana keempat-empat anjing peliharaannya berada. Video berkenaan juga telah tular dan mendapat lebih 6 juta tontonan di TikTok.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Menurut rakaman video itu lagi, kejadian itu dipercayai berlaku disebabkan syarikat penerbangan telah kehilangan anjing milik lelaki tersebut. Lelaki itu dipercayai dalam perjalanan ke Switzerland dan transit di Istanbul.

Semasa transit di Istanbul, lelaki berkenaan telah meminta pekerja syarikat penerbangan untuk memeriksa anjingnya. Walau bagaimanapun, permintaannya itu ditolak.

Penolakan itu wajar dibuat oleh syarikat penerbangan yang tidak membenarkan penumpangnya untuk memeriksa bagasi mereka.

Membawa haiwan peliharaan dalam penerbangan adalah bagus namun untuk meletakkannya di ruangan kargo bukanlah sesuatu yang harus dilakukan jika menyayangi haiwan peliharaan tersebut, ujar seorang netizen.

Berdasarkan sebuah lagi perkongsian video di TikTok, seorang pengguna telah memuat naik video yang mengatakan bahawa lelaki tersebut dipercayai berjaya berjumpa dengan anjing peliharaannya dan telah selamat sampai ke Switzerland.

@thatcountryjew

#stitch with @brittanyhord80s #lostdogs #instanbul #switzerland #pets #flyingwithdogs #freakout #mansbestfriend #4dogs

♬ original sound – The country jew

Sumber: EBaum’s World

The post Lelaki Menjerit Histeria, Empat Ekor Anjing Kesayangan Hilang Ketika Transit Di Istanbul appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*