Lelaki Nekad Buat Laporan Polis, Tertekan Jiran Kentut Kuat Sangat

jiran kuat kentut

Lelaki Nekad Buat Laporan Polis, Tertekan Jiran Kentut Kuat Sangat

Seorang lelaki nekad membuat laporan polis gara-gara jirannya kerap kentut dan sendawa dengan kuat, lapor Mirror.

Lelaki tersebut telah melaporkan perbuatan jirannya kepada polis selepas berbulan-bulan rasa terganggu dengan kelakuan tersebut.

Jirannya didakwa akan kentut dan sendawa dengan kuat secara berterusan sehingga boleh didengari menerusi dinding bersebelahan mereka.

Tingkah lakunya tidak terhenti di situ, jiran tersebut juga dipercayai sering menyekat pintu dan menghalakan lampu suluh ke arah muka mangsa setiap kali mereka bersemuka.

Selain itu, dia juga didakwa terus mengugut mangsa sebanyak beberapa kali dengan mengatakan bahawa dia akan membakar rumahnya dan meletakkan kepalanya di lantai.

“Saya hidup dalam ketakutan yang berterusan bahawa dia akan membakar rumah itu, saya tahu apa yang dia mampu.

“Dia hanya 6 kaki dari saya. Dia telah mengganggu saya, dan tidak ada seorang pun berhak untuk mengganggu saya seperti ini. Dia menjerit dan meracau sepanjang malam,” kata mangsa.

Riley sering berkelakuan buruk dan melakukan apa yang diinginkannya

Menurut mangsa lagi, jirannya itu sentiasa dengan kelakuan buruknya dan dia akan melakukan apa sahaja yang dia pernah katakan.

“Saya tidak boleh terus hidup seperti ini. Semuanya sudah melampau dan kesihatan mental saya berada di tahap yang parah,” tambah mangsa.

Kes itu kemudiannya telah menjadi kes mahkamah dan Mahkamah Majistret Stockport telah menjatuhkan hukuman penjara selama 24 minggu yang ditangguhkan selama 12 bulan terhadap jirannya itu.

BACA: Penyewa Dari Neraka, “Owner” Rumah Terkejut Dapati Bilik Sewa Dipenuhi Timbunan Sampah

Pendakwa raya, Hannah Nicholls berkata bahawa kedua-dua mereka menjadi jiran selepas defendan berpindah sekitar Jun 2021 yang lalu.

“Defendan berada di luar bangunan untuk jangka masa yang lama, tetapi setiap kali dia berada di dalam dia akan terus memasang muzik dengan kuat dan membuat gangguan.

“Pada satu ketika, sewaktu pengadu menyuruhnya untuk memperlahankannya dari luar tingkap, defendan ambil lampu suluh berkuasa tinggi dan sengaja menyuluhnya ke muka pengadu,” kata Hannah sewaktu perbicaraan.

Tertuduh dilaporkan mempunyai 19 kesalahan lampau dalam rekodnya, majoriti melibatkan pelanggaran perintah sekatan terhadap bekas pasangannya.

Sumber: Mirror

The post Lelaki Nekad Buat Laporan Polis, Tertekan Jiran Kentut Kuat Sangat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*